Dokumen Perjalanan

Dokumen Perjalanan

Keperluan Perjalanan

Dokumen Perjalanan

Sebelum anda memulakan perjalanan antarabangsa, adalah penting untuk memastikan anda memiliki pasport yang sah dan, jika perlu, visa. Persyaratan pasport dan visa yang spesifik adalah berbeza bergantung pada destinasi negara dan kewarganegaraan anda. Untuk memastikan perjalanan yang lancar, anda boleh mendapatkan maklumat terkini persyaratan kemasukan bagi negara destinasi daripada kedutaan atau konsulat tempatan negara tersebut, atau menerusi Pusat Pelancongan IATA . Bagi penerbangan domestik di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, penumpang perlu mengemukakan dokumen asal bagi tujuan pengesahan.

Ingin memastikan yang segalanya ada sebelum menempah penerbangan anda? Di sini ada beberapa pautan berguna untuk semakan anda!

Dokumen Perjalanan

Anda telahpun menempah penerbangan? Di sini ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum berlepas.

Daftar masuk

Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC)

Lancarkan proses imigresen dengan Kad Ketibaan Digital Malaysia. Pengunjung ke Malaysia kini boleh mendaftar terlebih dahulu untuk kelancaran pemeriksaan imigresen autogate ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengunjung dari negara berikut layak untuk mendaftar:

Bagaimana untuk mendaftar Kad Ketibaan Digital Malaysia?

Langkah 1: Sebelum tiba di Malaysia, lengkap dan hantar permohonan Kad Ketibaan Digital Malaysia. Sila hantarkan permohonan anda dalam tempoh TIGA (3) hari dari tarikh perjalanan (termasuk tarikh penghantaran). Langkah 2: Setibanya di KLIA1, anda perlu mengesahkan dan mendaftarkan pasport anda di kaunter imigresen secara manual untuk pertama kali sahaja. Langkah 3: Apabila keluar dari Malaysia melalui KLIA1, anda boleh terus menggunakan fasiliti autogate imigresen.

Daftar di sini

Langkah 1: Sebelum tiba di Malaysia, lengkap dan hantar permohonan Kad Ketibaan Digital Malaysia. Sila hantarkan permohonan anda dalam tempoh TIGA (3) hari dari tarikh perjalanan (termasuk tarikh penghantaran). Langkah 2: Setibanya di KLIA1, sila ke fasiliti autogate untuk pemeriksaan imigresen. Anda juga boleh menggunakan langkah yang sama apabila keluar dari Malaysia melalui KLIA1.

Daftar di sini

Halangan bebas cukai di Malaysia Jika anda bertolak dari atau transit menerusi Malaysia: Anda hanya boleh membawa Cecair, Aerosol dan Gel (LAG) yang dibeli dari kedai bebas cukai Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas pemeriksaan imbasan keselamatan. Barangan yang dibeli hendaklah dipek di dalam plastik lutsinar bertutup, berserta dengan resit asal. Jika anda transit di KLIA, sila pastikan mana-mana pembelian bebas cukai lain yang dibuat pada bahagian berbeza perjalanan anda dipek di dalam plastik lutsinar bertutup, berserta resit asal. Jika anda terbang ke Australia atau US, anda boleh membawa cecair, aerosol dan gel bebas cukai dengan syarat ianya dibeli ketika penerbangan atau dihantar oleh kakitangan bebas cukai KLIA ke pintu balai berlepas di dalam beg plastik lutsinar, berserta resit asal. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membawa barangan bebas cukai yang dibeli dari bahagian lain perjalanan anda jika anda transit ke Australia atau US. Kami menasihati anda untuk mengikuti peraturan ini apabila membuat mana-mana pembelian bebas cukai kerana jika terdapat barangan yang tidak dibenarkan, ianya akan dibuang di pintu balai berlepas.

Halangan bebas cukai antarabangsa Pembelian bebas cukai adalah dihadkan ketika penerbangan ke, dari, atau menerusi beberapa negara, bandar, dan/atau rantau. Sebarang barangan bebas cukai yang tidak memenuhi keperluan halangan akan dibuang di pintu balai pelepasan. Kami menasihati anda untuk membeli cecair, aerosol dan gel bebas cukai di penerbangan terakhir anda. Bagi memastikan semuanya selamat, kami mencadangkan agar anda memeriksa halangan di setiap negara pada laman web lapangan terbang negara tersebut sebelum menaiki pesawat.

Pelbagai tip sebelum berlepas

Ini barangan yang boleh anda bawa

Beritahu kami apa yang anda perlukan

Dapatkan maklumat terkini

Imej pecahan dokumen perjalanan