Keperluan khas

Keperluan khas

Imej banner keperluan khas

Imej banner keperluan khas

Keperluan khas

Malaysian Hospitality untuk semua Jangan risau jika anda atau sesiapa di dalam kumpulan kembara anda mempunyai masalah pergerakan atau tidak sihat. Kami akan memastikan anda menikmati penerbangan yang lancar, walau apapun masalah anda. Ketahui lebih lanjut lagi tentang perkhidmatan Keperluan Khas kami.

Maklumat & perkhidmatan untuk pengembara dengan pelbagai keperluan

Banner jualan tentang keperluan khas

Banner jualan tentang keperluan khas

Keperluan Khas Jangan risau jika ahli kumpulan kembara anda mempunyai masalah pergerakan atau tidak sihat. Kami akan memastikan anda menikmati penerbangan yang lancar, walau apa pun masalah anda. Ketahui lebih lanjut lagi tentang perkhidmatan Keperluan Khas kami.

Jika anda atau orang yang menempah mempunyai keupayaan berbeza dan memerlukan aturan perjalanan khas, sila maklumkan kepada pasukan tempahan kami agar kami boleh membantu anda membuat persediaan mengikut kesesuaian anda. Sila hubungi 1 300 88 3000 atau, +603 7843 3000 jika anda berada di luar Malaysia, untuk membuat tempahan penerbangan anda.

Penumpang berbeza keupayaan dengan kad OKU (Orang Kurang Upaya) akan menerima rebat khas untuk tiket tempatan MH – kecuali MASwings dan tiket promosi.

Di Malaysia Airlines, kami komited untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik kepada penumpang kami, termasuklah kerusi roda dan lain-lain perkhidmatan bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk bergerak. Bagi memastikan mana-mana penumpang dengan pergerakan terhad menaiki pesawat dengan selamat, mudah, teratur dan tepat pada masanya, kami telah meningkatkan prosedur operasi dan polisi terkini untuk permintaan kerusi roda. Bermula 31 Mac, 2018, permintaan kerusi roda hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penerbangan menerusi Pusat Perhubungan Pelanggan Global, Pejabat Tiket atau agen pelancongan yang berdaftar dengan Malaysia Airlines. Pelanggan dengan masalah pergerakan mungkin memerlukan pelepasan perubatan untuk penerbangan. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di Pusat Perhubungan Pelanggan Global di 1 300 88 3000 jika anda berada di Malaysia atau +603 7843 3000 jika anda berada di luar Malaysia. Sila ke halaman Terma dan Syarat kami untuk maklumat lanjut

Malaysia Airlines menyediakan perkhidmatan inkubator untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa langsung yang memakan masa tiga jam atau kurang.  Bagaimanapun, sila maklum bahawa bayi yang menggunakan ventilator tidak dibenarkan menyertai penerbangan. (Efektif mulai 31 Mei,  2019) Sila ikuti langkah berikut untuk menempah perkhidmatan inkubator: Muat turun Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) di sini. Hantar MEDIF lengkap ke MEDA Desk Malaysia Airlines di [email protected] sekurang-kurangnya 10 hari bekerja sebelum penerbangan anda. Pasukan MEDA Desk akan menghubungi anda untuk memberikan sebut harga berkaitan bayaran inkubator, mengesahkan penerimaan pengangkutan inkubator, dan bantuan dengan tempahan perjalanan bayi. Penerimaan bayi di dalam inkubator adalah tertakluk kepada ketersediaan penerbangan dan tempat duduk, juga kebenaran perkhidmatan perubatan daripada Malaysia Airlines. Bila mengembara dengan inkubator, bayi hendaklah ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang (1) peneman perubatan, paramedik, atau jururawat. Inkubator akan ditempatkan di dalam kabin Kelas Ekonomi. Inkubator hendaklah disediakan oleh penyedia perkhidmatan perubatan dengan elemen pemanasan bateri. Jika bayi memerlukan oksigen, penerbangan hanya menerima FAA – Pemekat Oksigen Mudah Alih (POCs) dengan penghantaran oksigen yang berterusan. POCs hendaklah dioperasi menggunakan bateri dan mempunyai jangka hayat bateri 150% pada mula penerbangan. Bagi tujuan keselesaan dan keselamatan, kami menasihatkan penumpang untuk membuat persediaan sendiri bagi pemindahan ambulans di kedua-dua destinasi waktu berlepas dan destinasi lapangan terbang, begitu juga dengan peralatan perubatan yang diperlukan ketika penerbangan.  Kebenaran daripada perkhidmatan teknikal Malaysia Airlines adalah perlu bagi penggunaan mana-mana peralatan perubatan di dalam pesawat, MEDA Desk di Malaysia Airlines dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin ke Jumaat (ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum Malaysia).  

Malaysia Airlines membenarkan Pemekat Oksigen Mudah Alih (POC) di dalam pesawatnya dengan kebenaran daripada jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kujuteraan, pada 31 Mei, 2019. Kriteria Penerimaan Sebelum menerima penumpang POC, keperluan berikut hendaklah dipatuhi: Sebelum membeli tiket penerbangan, penumpang hendaklah menerima kelulusan MEDIF daripada Malaysia Airlines Berhad. Pengangkut POC hendaklah berdaftar dengan FAA dan mendapat kelulusan Malaysia Airlines Berhad menerusi MEDIF. Semua daftar masuk POC tidak perlu didaftar dengan FAA, tetapi memerlukan kelulusan Malaysia Airlines Berhad menerusi MEDIF. POC untuk kegunaan dalam pesawat hendaklah boleh beroperasi dengan baik dan dalam keadaan baik. Hanya POC dengan kuasa bateri sahaja dibenarkan di dalam pesawat. Hanya sel kering atau bateri gel sahaja dibenarkan dalam pesawat. POC hendaklah mempunyai bateri yang mencukupi untuk bertahan sehingga 150% dalam masa penerbangan yang dijadualkan.** Penumpang yang mengambil POC dari rumah ke lapangan terbang hendaklah membawa bateri simpanan yang akan bertahan selama 150% pada masa penerbangan bagi memastikan bateri mencukupi sepanjang perjalanan. Peralatan ini tidak boleh dikuasakan oleh tenaga daripada pesawat. MEDIF sah hendaklah ditunjukkan ketika daftar masuk. Sebelum pelepasan, MAB berhak untuk mengakses/memeriksa POC. Penumpang POC hendaklah menunjukkan yang peralatan tersebut boleh dioperasi.** POC untuk kegunaan dalam pesawat akan dikira sebagai bagasi tambahan untuk penumpang. POC untuk pengangkutan sahaja (tidak digunakan dalam pesawat) akan dikira bagasi tambahan bagi penumpang (bateri akan dicabut dan dipek berasingan daripada POC). Penumpang POC hendaklah tidak memenuhi dinding sekat dan ruang keluar barisan tempat duduk. Penumpang yang memakai POC hendaklah duduk di tepi tingkap bagi mengelakkan saluran topeng muka menghalang laluan. POC hendaklah disimpan di bawah tempat duduk hadapan. ** Kriteria ini tidak terpakai ke atas POC yang tidak dirancang untuk digunakan di dalam pesawat. Walaupun peralatan adalah tidak dirancang untuk digunakan di dalam pesawat, penumpang hendaklah mendapatkan kebenaran MAB menerusi MEDIF. Sijil Perubatan Penumpang hendaklah memastikan Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) adalah lengkap dan ditandatangani oleh doktor sebelum menghantarnya kepada MEDA Desk. Sewaan POC daripada pembekal berdaftar MAB: MEDIF hendaklah dihantar kepada MEDA desk sekurang-kurangnya (3) hari bekerja sebelum pelepasan bagi penumpang yang mengembara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jika mengembara dari lokasi selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, MEDIF hendaklah dihantar kepada MEDA desk sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum berlepas. POC peribadi Penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur atau mana-mana lapangan terbang hendaklah menghantar MEDIF kepada MEDA desk sekurang-kurangnya tiga(3) hari sebelum berlepas. Pembawa untuk pengangkutan *MEDA Desk di Malaysia Airlines dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin ke Jumaat tidak termasuk cuti umum. Penolakan Pembawa Kami tidak boleh menerima atau membawa POC jika: Penumpang gagal untuk mendaftar masuk POC mengikut masa. POC tidak berfungsi sempurna (tidak boleh dibuka atau tutup/lampu penunjuk tidak mengeluarkan cahaya, dll.) POC dalam keadaan tidak baik (tiub pecah, bateri bocor, dsbnya.) Penjelasan tentang MEDIF tidak selari dengan POC sebenar. POC tidak mempunyai kapasiti bateri atau tenaga bateri yang tidak mencukupi. Bagi tujuan keselamatan, Malaysia Airlines berhak untuk menolak mana-mana pembawa bagi mana-mana POC di dalam pesawat sehinggalah semua kriteria kesihatan dipenuhi. Jika berlaku kejadian pembawa ditolak: Kami menasihatkan penumpang agar bertanggungjawab terhadap semua bayaran – termasuk pertukaran tiket, visa, pengangkutan, penginapan dan bayaran doktor. Malaysia Airlines tidak akan menanggung atau bertanggungjawab bagi mana-mana jumlah yang ada akibat daripada penolakan pembawa ini.

Jika anda atau ahli kumpulan kembara anda perlu berada dalam keadaan berbaring akibat keadaan perubatan atau kecederaan, kami menyediakan perkhidmatan pengusung untuk anda. Kabin Kelas Ekonomi menyediakan pengusung untuk semua penerbangan MH ke, dari dan dalam Malaysia. Pada 1 September 2022, sila lengkapkan keperluan berikut bila anda meminta perkhidmatan pengusung: Muat turun Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) di sini. Hantar borang MEDIF lengkap ke MEDA desk di [email protected] sekurang-kurangnya 10 hari sebelum penerbangan anda. Pasukan MEDA Desk akan menghubungi anda untuk memberikan sebut harga pengusung yang bersesuaian, mengesahkan kelayakan penerbangan anda, dan menempah tiket anda.  Sila maklum bahawa penerbangan menggunakan pengusung adalah bergantung pada bilangan pengusung yang ada, begitu juga dengan pelepasan perkhidmatan Malaysia Airlines. Jika pelepasan telah diberikan daripada perkhidmatan perubatan Malaysia Airlines, penumpang yang menggunakan pengusung hendaklah ditemani oleh ahli perubatan. Untuk keselesaan dan keselamatan penumpang, kami menasihati penumpang yang menggunakan pengusung untuk membuat persediaan bagi pemindahan ambulans di kedua-dua lokasi berlepas dan destinasi lapangan terbang, serta juga menyediakan peralatan perubatan yang perlu di dalam pesawat. Kebenaran daripada perkhidmatan teknikal Malaysia Airlines adalah diperlukan bagi bagi penggunaan mana-mana peralatan perubatan, MEDA Desk di Malaysia Airlines dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin ke Jumaat (ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum Malaysia).

Sila maklum, untuk tujuan keselamatan, individu dengan keadaan berikut adalah dikira tidak sesuai untuk penerbangan: Anemia teruk Otitis media dan sinusitis teruk Penginfarkan miokardium dalam masa 6 minggu pada mula kegagalan jantung kongestif Penyakit hipertensif dengan komplikasi teruk Ulser peptik dengan pendarahan dalam masa 3 minggu terkini Kes lepas pembedahan (dalam masa 10 hari bagi pembedahan abdomen atau 21 hari bagi pembedahan dada) Penyakit kulit berjangkit Retakan mandibel dengan pendawaian rahang tetap Penyakit mental tanpa ditemani dan ubat sedasi Ibu hamil dengan kehamilan normal melebihi 36 minggu Ibu hamil dengan pelbagai masalah atau kesusahan kehamilan selepas 32 minggu Pengenalan kaviti udara dalam badan dalam masa 7 hari bagi diagnostik atau tujuan terapeutik

Bila mengembara bersama penumpang tidak berupaya, keselesaan mereka menjadi keutamaan kami. Kami akan memberikan pertimbangan dan perhatian khas kepada mereka terutamanya ketika kapal terbang berlepas, mendarat, penerbangan, pemindahan kecemasan, dan/atau pengurusan di lapangan. Tidak semua penumpang tidak berupaya memerlukan kelulusan perubatan sebelum penerbangan. Bagaimanapun, penumpang dengan ketidakupayaan berikut dan/atau kecacatan hendaklah mendapat pengesahan Jabatan Perkhidmatan Perubatan kami sebelum penerbangan: Mereka yang mempunyai penyakit yang berjangkit dan mudah berjangkit. Mereka yang, disebabkan oleh sesetengah penyakit atau ketidakupayaan, mungkin menunjukkan kelakuan yang lain daripada kebiasaan atau keadaan fizikal yang mungkin akan mengganggu kesejahteraan dan keselesaan penumbang dan/atau kakitangan kabin. Mereka yang mempunyai risiko daripada keselamatan penerbangan atau kekinian, termasuk kemungkinan pengalihan atau perubahan pendaratan tidak berjadual. Mereka yang memerlukan rawatan perubatan dan/atau peralatan khas untuk kekal sihat di sepanjang penerbangan. Mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang mungkin menjadi bertambah buruk ketika atau akibat penerbangan. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang sokongan yang diberikan untuk keadaan tertentu, sila hubungi kami di Pusat Panggilan di 1 300 88 3000 atau +603 7843 3000 jika panggilan dari luar Malaysia.

Jika anda ingin menerima salinan rujukan peraturan Bahagian 382 US Department of Transportation's (Tiada diskriminasi berdasarkan Asas Kehilangan Upaya Di Dalam Penerbangan) di dalam format boleh akses,  di sini ada beberapa cara untuk mendapatkannya: Hubungi talian bebas tol Talian Utama untuk Penerbangan Pengembara Tidak Berkeupayaan: 1 800 778 4838 (suara) atau 1 800 455 9880 (TTY); Bahagian Perlindungan Penerbangan Pelanggan : 202 366 2220 (suara) atau 202 366 0511 (TTY) (TTY). Hantar surat-menyurat kepada  Air Consumer Protection Division, C-75, United States Department of Transportation, 1200 New Jersey Avenue SE, West Building, Room W96-432, Washington, DC 20590. Permintaan boleh dibuat di laman web Aviation Consumer Protection Division . Anda juga boleh melihat Regulation (EC) No. 1107/2006 of the European Parliament and the Council berkenaan hak pada individu berbeza upaya dan individu dengan pergerakan terhad ketika mengembara menerusi penerbangan.

Muat turun di sini

Saya ada soalan

Segalanya yang perlu anda tahu tentang Bantuan Khas.

Saya ada soalan-soalan lain.

Bayi & kanak-kanak

Banner jualan tentang keperluan khas bayi dan kanak-kanak

Banner jualan tentang keperluan khas bayi dan kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak Kami menyediakan elaun dan kemudahan khas termasuk hidangan dan hiburan khas untuk menenang dan menghiburkan si manja anda di sepanjang perjalanan, sama ada mereka mengembara bersama anda atau sendirian.

Adakah anda mengembara bersama kanak-kanak atau membuat pelan untuk mereka mengembara secara sendirian? Berikut merupakan panduan perkhidmatan khas kami untuk penerbangan anak kecil, bagi membantu anda membuat perancangan untuk mereka.

Anak bawah umur yang terbang sendirian bukanlah mudah – sama ada untuk si anak mahupun anda sendiri. Kami komited untuk menyediakan pengalaman penerbangan terbaik di Malaysia Airlines, agar anda tenang sentiasa. Kakitangan kami di dalam dan luar pesawat akan berada bersama anak anda di sepanjang perjalanan, bermula daripada daftar masuk hinggalah ke dalam pesawat, seterusnya sehinggalah mereka selamat diserahkan kepada penjaga mereka setelah pesawat tiba di destinasi. Perkhidmatan Individu Bawah Umur Yang Tidak Ditemani (UMNR) Disediakan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun yang terbang sendirian atau dalam kelas kabin yang berlainan daripada penjaga dewasa. Menerusi perkhidmatan ini, kakitangan kami akan membawa anak anda ke pintu balai berlepas dan menyerahkan mereka kepada kakitangan kabin kami, yang akan memastikan mereka selesa di sepanjang perjalanan. Apabila anak anda sampai ke destinasi, kakitangan lapangan kami akan membawa anak anda melalui tuntutan imigresen dan bagasi, kemudian menyerahkan mereka kepada penjaga di pintu ketibaan. Bagi memastikan kami boleh menyediakan perkhidmatan terbaik untuk penumpang muda, berikut adalah kelayakan umur untuk perkhidmatan UMNR kami:

Kami menasihatkan anda untuk bercakap dengan anak anda tentang perjalanan itu dan meyakinkan mereka yang mereka boleh bertanyakan kepada kakitangan Malaysia Airlines tentang apa pun kerisauan dan soalan. Bagi memastikan anak anda mempunyai pengalaman menyeronokkan di dalam pesawat, sila buat pemeriksaan kesihatan sebelum penerbangan dan pastikan mereka sihat untuk penerbangan serta boleh memahami serta mengikuti arahan keselamatan kakitangan kabin kami. * Perkhidmatan bagi individu bawah umur yang tidak ditemani tidak disediakan bagi penerbangan bertukar pesawat lebih daripada 24 jam melainkan ibu bapa dan penjaga mempunyai perancangan untuk anak diambil di lapangan terbang pemindahan. Bagaimanapun, krtiteria di mana kanak-kanak dibenarkan untuk terbang adalah pelbagai dan bergantung kepada lokasi berlepas. Kami juga mencadangkan agar anda menghubungi pejabat Malaysia Airlines tempatan untuk maklumat lanjut. Halangan penempahan Perkhidmatan ini hendaklah dibuat ketika menempah tiket penerbangan. Perkhidmatan untuk penumpang bawah umur tidak ditemani disediakan di Pusat Panggilan Malaysia Airlines di 1300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia; caj panggilan jarak jauh mungkin dikenakan) atau di Pejabat Tiket Lapangan Terbang/Bandar. Semasa mendaftar masuk, anda hendaklah mengisi Borang Perkhidmatan Pengendalian Individu Bawah Umur Tanpa Ditemani (UMHR) secara lengkap dengan menyatakan sebab yang sah. Sila pastikan yang anda telah mematuhi segala perkara berikut sebelum menghantar anak anda dalam penerbangan: Empat salinan borang UMNR untuk penerbangan langsung. Enam salinan borang UMNR untuk penerbangan transit. Borang UMNR boleh dimuat turun di sini . Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Jika anda terbang satu keluarga bersama bayi atau kanak-kanak, anda boleh menikmati keutamaan menaiki pesawat. Ini memberikan anda lebih masa untuk menyimpan barangan anda dan memastikan anak anda duduk dengan selesa sebelum penumpang lain naik ke dalam kabin.

Kami mempunyai pelbagai aktiviti dan hiburan untuk mengisi masa anak anda di dalam penerbangan MH. AVOD Sistem Permintaan Audio Video (AVOD) disediakan di dalam sesetengah kapal terbang – menawarkan pelbagai pilihan filem dan kartun untuk menghiburkan anak anda. Makanan Jika terdapat hidangan di dalam penerbangan tersebut, Hidangan Kanak-kanak (CHML) kami yang istimewa padat dengan nutrisi dan rasa yang menepati selera kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun akan diberikan. Makanan yang dihidangkan adalah berdasarkan sektor penerbangan, jadi, sila hubungi kami sebelum penerbangan jika anak anda mempunyai permintaan diet khas. Bagi memastikan anak anda mendapat hidangan yang mereka suka, sila pastikan permintaan ini dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berlepas menerusi Tempahan/Kaunter Tiket/Pusat Panggilan. Kami akan menguruskan segalanya untuk anda. Sila dail 1300 88 3000 dalam Malaysia atau +603 7843 3000 dari luar Malaysia.

Kami gembira melayani si manja yang sentiasa ingin tahu, penuh semangat dan suka bermain. Bilik permainan kami di sesetengah lapangan terbang menyediakan DVD, meja lakaran kanak-kanak, permainan, komik, buku mewarna dan pelbagai lagi!

Saya mempunyai soalan lain

Maklumat penting untuk bayi & kanak-kanak.

Saya mempunyai soalan lain

Pelepasan perubatan

Banner jualan istimewa tentang keperluan kesihatan dan perubatan

Banner jualan istimewa tentang keperluan kesihatan dan perubatan

Kesihatan dan perubatan Kesejahteraan anda adalah keutamaan kami. Pastikan anda mempunyai pelepasan perubatan sebelum perjalanan anda. Biasakan diri juga dengan protokol kami agar anda bersedia sekiranya berlaku kecemasan perubatan. Lihat juga tip untuk kekal sihat ketika penerbangan.

Bagi memastikan keselamatan penumpang yang sedang di dalam perubatan tertentu, kami meminta penumpang untuk mendapatkan penilaian dan pelepasan perubatan yang perlu sebelum penerbangan. Kami juga berhak untuk menghalang penumpang yang mempunyai masalah kesihatan daripada menaiki pesawat jika ianya boleh menjejaskan keselamatan pesawat. Jika kakitangan kabin merasakan penumpang tidak sihat sebelum penerbangan, ketua penerbangan akan dimaklumkan dan ketua penerbangan berhak untuk menurunkan penumpang.

Borang Maklumat Perubatan ( MEDIF ) hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke Bantuan Perubatan Malaysia Airlines (MEDA) Desk di [email protected] sebelum penerbangan oleh penumpang yang memerlukan bantuan perubatan dengan bertemankan kakitangan profesional perubatan.

*Malaysia Airlines hanya menyewakan Pemekat Oksigen Mudah Alih (POC) daripada vendor sahnya. POC yang disewa selain daripada vendor sahnya dikira POC peribadi penumpang. ** Tertakluk pada Cuti Umum Malaysia. MEDIF hanya sah untuk 20 hari kalendar selepas pemeriksa perubatan Malaysia Airlines memberikan kuasa untuk memohon sebelum berlepas. Sila hubungi kakitangan MEDA Desk di [email protected] untuk maklumat lanjut tentang pelepasan perubatan.

Bayi di dalam inkubator Penumpang di dalam pengusung. Penumpang yang membawa peralatan perubatan sendiri seperti pemekat oksige mudah alih, pam infusi, dan peralatan sedutan. Peralatan Elektronik Perubatan Mudah Alih (M-PEDs). Penumpang yang mengembara dengan atau selepas penyakit, jangkitan atau pembedahan di dalam persekitaran pesawat yang mungkin akan memburukkan atau membahayakan kesihatan kepada mereka di dalam pesawat. Berikut adalah beberapa contoh: Anemia teruk Otitis media dan sinusitis teruk Penginfarkan miokardium dalam masa 6 minggu pada mula kegagalan jantung kongestif Penyakit hipertensif dengan komplikasi teruk Ulser peptik dengan pendarahan dalam masa 3 minggu terkini Kes lepas pembedahan (dalam masa 10 hari bagi pembedahan abdomen atau 21 hari bagi pembedahan dada) Penyakit kulit berjangkit Retakan mandibel dengan pendawaian rahang tetap Penyakit mental tanpa ditemani dan ubat sedatif Ibu hamil dengan keadaan kehamilan normal melebihi 36 minggu Ibu hamil dengan alahan teruk atau kesusahan kehamilan selepas 32 minggu 7 hari selepas pengenalan kaviti udara badan bagi diagnostik atau tujuan terapeutik Angina pektoris, atau ketidakselesaan dada. Strok dan penginfarkan miokardium terkini (tempoh masa bergantung pada keadaan penyakit dan tempoh perjalanan). Pneumotoraks belum sembuh atau penyakit pernafasan kronik terkini. Peningkatan tekanan intrakranium yang terhasil daripada pendarahan, trauma, atau jangkitan. Pembedahan terkini atau kemalangan yang mungkin menyebabkan udara atau gas terperangkap, terutamanya trauma abdomen dan pembedahan gastrousus, kecederaan kranofasial dan okular, prosedur otak, pembedahan mata dan kecederaan tusukan bola mata. Penyakit berjangkit yang teruk atau akut. Penyakit mental. Penyakit penyahmampatan selepas menyelam. Sila hubungi [email protected] untuk butiran lanjut.

Bayi cukup umur lebih daripada satu minggu. Bayi pramatang yang telah mencapai 39 minggu kandungan. Ibu dengan kehamilan normal. Ibu hamil dengan kandungan normal. Mengembara selepas 32 minggu tidak digalakkan bagi ibu dengan kehamilan yang kerap. Mengembara selepas 36 minggu tidak digalakkan bagi ibu dengan kehamilan tunggal. Ibu yang baru seminggu bersalin. Ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean . Sila maklum, bahawa penumpang di dalam senarai di atas hendaklah membawa nota daripada doktor bagi mengesahkan mereka sihat untuk menyertai penerbangan.

(Bermula pada 24 Jun 2019) Untuk membantu penumpang membuat keputusan bijak sama ada untuk terbang di dalam keadaan yang dinyatakan di bawah, Malaysia Airlines menggariskan peraturan yang jelas tentang alahan kacang dan kekacang. Kami menasihatkan penumpang yang mempunyai alahan terhadap kacang atau kekacang berbincang dengan doktor mereka tentang pelan perjalanan mereka dan menentukan kesesuaian untuk mengembara. Penumpang dengan alahan kekacang diminta untuk menyatakan sensitiviti atau alahan mereka terhadap kacang atau kecacang pada masa tempahan tiket. Alahan pada kacang atau kekacang tidak memerlukan pelepasan perubatan pesawat. Persekitaran: Malaysia Airlines tidak dapat menjamin persekitaran bebas kacang atau kecacang di dalam pesawat mahupun di ruang istirahat lapangan terbang. Penumpang dibenarkan membawa kacang dan produk kekacang di dalam pesawat. Tiada perlaksanaan polisi zon bebas kacang, penghapusan kacang yang ada, atau membuat kenyataan yang menghalang pengambilan kacang atau kekacang oleh Malaysia Airlines. Hidangan: Sistem penerbangan tidak menjamin bahawa makanan yang dibekalkan termasuklah mana-mana hidangan khas untuk penumpang yang mempunyai alahan kacang atau kekacang, dimasak di dapur yang bebas kacang atau kekacang dan tiada pencemaran daripada produk kacang atau kekacang di dapur rangkaian atau katering. Jika penumpang perlu memastikan bahawa hidangan mereka tiada kekacang atau kacang tanah, mereka perlu membuat permintaan hidangan alternatif yang sesuai atau membawa makanan mereka sendiri yang tidak perlu disejuk atau dipanaskan di dalam pesawat. Di dalam penerbangan kami, kacang dan lain-lain snek kekacang disediakan. Sos kacang, yang dihidangkan dengan sate di Kelas Perniagaan dan Kelas Suite Perniagaan, turut mengandungi kacang. Jika anda mempunyai alahan kepada kekacang atau kacang tanah, kami menasihati anda untuk: Memaklumkan kami tentang alahan anda ketika membuat tempahan, dan meminta hidangan gantian tidak lewat daripada 24 jam sebelum berlepas. Daftar masuk di bahagian daftar masuk lapangan terbang dan tidak di kaunter daftar masuk atau pilihan daftar masuk yang lain. Bawa dua (2) salinan Borang Pengisytiharan Kacang Tanah/Kacang yang lengkap diisi (yang boleh anda muat turun di sini ) bersama anda. Menghantar satu salinan ke kaunter daftar masuk lapangan terbang. Simpan salinan kedua dan tunjukkan kepada kakitangan di lapangan terbang untuk disahkan atau ditunjukkan di sepanjang penerbangan. Anda hendaklah memberikan satu (1) salinan kepada kakitangan Malaysia Airlines di pintu berlepas untuk pesawat sambungan jika anda menaiki pesawat lain yang bersambungan dengan Malaysia Airlines di dalam penerbangan anda. Simpan salinan kedua untuk pengesahan kakitangan penerbangan. Bawa pelan tindakan doktor untuk anafilaksis atau tindak balas alahan. Bawa ubat anda, seperti EpiPens, di tempat yang mudah diambil di sepanjang penerbangan dengan meletakkannya di dalam beg kabin. Pastikan anda dan/atau teman kembara telah menerima latihan EpiPen. Maklumkan kakitangan Malaysia Airlines (sama ada di lapangan atau di dalam penerbangan) jika anda mempunyai simptom alahan. Bawa makanan sendiri jika anda mahu memastikan hidangan tersebut bebas alergen. Pastikan makanan tersebut tidak perlu disejuk atau dipanaskan di dalam pesawat. Datang awal supaya anda ada masa untuk membersihkan sandaran tempat duduk, dulang hidangan dan tempat letak tangan Jika anda alergik pada kekacang atau kacang tanah, anda hendaklah: Maklumkan rakan perkongsian penerbangan dan sistem penerbangan sambungan tentang keadaan alergi anda dan patuhi polisi sistem penerbangan. Kembara dengan teman dewasa yang boleh menguruskan rawatan alergi, jika anda berumur di bawah 16 tahun.

Anda tidak memerlukan pelepasan perubatan jika keadaan anda stabil dan boleh diuruskan dengan ubat (seperti diabetes, darah tinggi, atau asma). Kami mengesyorkan agar anda mengambil preskripsi mengikut masa di lokasi anda berlepas, dan menyesuaikannya setelah anda tiba ke destinasi. Preskripsi anda hendaklah diletakkan di dalam beg kabin, mengikut arahan yang disediakan di bawah tajuk “Mengembara bersama ubat”.

Jika anda mengalami diabetis, anda disyorkan untuk memasukkan insulin ekstra atau ubat tablet, jarum ekstra, atau picagari di dalam beg kabin bagi tujuan kecemasan sekiranya penerbangan ditunda atau terdapat kerosakan di dalam penerbangan. Untuk mengelakkan masalah dengan kawalan keselamatan di lapangan terbang, sertakan surat doktor yang mengesahkan keperluan anda menggunakan insulin. Terdapat banyak keperluan diet untuk penyakit diabetis jadi sila maklumkan kepada kami keperluan diabetis anda untuk penerbangan sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam.

Jika anda menggunakan perentak jantung, sila bawa kad ID atau nota daripada doktor menyatakan yang anda menggunakannya. Jika keadaan kardiak anda stabil, adalah selamat untuk anda menaiki pesawat dan melalui pengesan logam di lapangan terbang (walaupun logam di dalam perentak jantung boleh membuatnya berbunyi). Walau bagaimanapun, sila peka pada saringan keselamatan. Jarakkan diri daripada sistem pengesan keselamatan logam. Jika terdapat keperluan untuk menggunakan pengesan logam tangan, minta kakitangan keselamatan untuk tidak menggunakannya di perentak jantung dalam tempoh yang lama daripada yang diperlukan. Pada asasnya, kami hanya boleh menawarkan nasihat am sahaja. Untuk keselamatan anda, adalah lebih baik anda berbincang dengan doktor anda dan meneliti arahan pengeluar tentang bagaimana untuk menentukan sensitiviti perentak jantung anda kepada peralatan pengesan logam.

Anda seharusnya mengelak penerbangan selepas anda menyelam bagi mengelakkan daripada pembentukan penyahmampatan daripada tekanan kabin yang rendah. Kami menasihatkan anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 12 jam selepas anda menyelam sebelum penerbangan. Jika anda banyak menyelam atau selaman anda memerlukan rehat penyahmampatan, anda seharusnya rehat 24 jam sebelum penerbangan. Penyelam yang menggunakan HBOT (terapi oksigen hiperbarik) untuk penyakit penyahmampatan tidak dibenarkan terbang sekurang-kurangnya 72 jam sebelum rawatan HBOT terakhir.

Kami mencadangkan agar anda meletakkan sebarang ubat yang anda perlukan di dalam beg kabin. Kami juga menasihatkan anda untuk membawa salinan preskripsi bersama nota daripada doktor anda sekiranya ubat anda hilang atau perlu diganti; atau jika kawalan keselamatan lapangan terbang memerlukan bukti bertulis yang menyatakan ianya adalah untuk kegunaan peribadi.

Maklumat perubatan

Walaupun semua kakitangan kabin kami terlatih untuk memberikan bantuan perubatan, sila ambil maklum bahawa penjagaan perubatan adalah terhad di sepanjang penerbangan.

Kakitangan kabin kami dilatih dengan pertolongan cemas, protokol CPR dan penggunaan peralatan kecemasan. Mereka juga turut dilatih untuk mengenali pelbagai keadaan perubatan biasa dan menguruskan penjagaan yang sesuai.

Peralatan perubatan pesawat kami terdiri daripada: Kit bantuan kecemasan dan Defibrilator Automatik (AED) untuk kegunaan kakitangan kabin. Kit pakar perubatan untuk kegunaan pakar perubatan.

Kakitangan kabin kami mungkin akan meminta pertolongan penumpang yang bekerja sebagai kakitangan perubatan profesional sekiranya terdapat keperluan untuk memantau perubatan di dalam penerbangan. Penumpang yang bekerja sebagai kakitangan profesional perubatan kecemasan diperlukan untuk mengemukakan pengenalan diri kepada kakitangan kabin kami. Mengikut tahap yang dibenarkan oleh undang-undang, Malaysia Airlines akan membayar ganti rugi tenaga profesional perubatan terhadap tanggungan liabiliti yang mungkin timbul daripada mana-mana bantuan rawatan yang dilakukan dalam pesawat.

Saya ada beberapa soalan

Maklumat lanjut tentang keperluan kesihatan & perubatan

Saya ada soalan lain

Explore more

Explore more

Explore more

Explore more

Explore more

Explore more

Nikmati Malaysian Hospitality

Terokai lagi

Terokai lagi

Terokai lagi

Imej pecahan keperluan khas