Daftar Masuk

Daftar Masuk

Imej sepanduk daftar masuk

Imej sepanduk daftar masuk

Daftar masuk

Ready to check in? Check in multiple passengers, choose seats and purchase add-ons – then complete your transaction with any of our flexible payment options.

Sedia untuk daftar masuk? Daftar masuk untuk lebih penumpang, pilih tempat duduk anda dan beli tambahan lain, kemudian lengkapkan transaksi anda menggunakan mana-mana pilihan pembayaran fleksibel kami.

Daftar masuk

Panduan daftar masuk anda

true true true

Pilih cara untuk daftar masuk Untuk kemudahan anda, kami sediakan beberapa kaedah untuk mendaftar masuk: dalam talian, melalui telefon bimbit, di kaunter atau di kios layan diri kami.

Serahkan bagasi anda Sila ke kaunter serahan bagasi sekurang-kurangnya 60 minit sebelum berlepas.

Menuju ke pintu menaiki pesawat Pastikan pas menaiki pesawat dan kad identiti anda sedia untuk diperiksa.

Daftar masuk laman web

Video daftar masuk dari laman web

Tidak lagi perlu beratur dan daftar masuk dari mana-mana sahaja menggunakan perkhidmatan dalam talian kami. Sedia digunakan 48 jam hingga 90 minit sebelum penerbangan anda, dengan pilihan untuk mencetak keluar pas menaiki pesawat atau kirimkan ke telefon anda.

Daftar masuk

Waktu daftar masuk Anda boleh mendaftar masuk seawal 48 jam sehingga 90 minit sebelum berlepas.

Daftar masuk dengan mudah Hanya enam langkah mudah sebelum anda berlepas!

Sila pilih penerbangan pertama anda bersama Malaysia Airlines sebagai perjalanan pertama.

Sila rujuk 6 digit nombor tempahan (6 campuran angka dan huruf) atau nombor e-tiket (13 digit).

Bawa bersama pas menaiki pesawat yang dicetak, atau Apple Passbook ke lapangan terbang.

Sila serahkan bagasi berdaftar anda di kaunter serahan sekurang-kurangnya 60 minit sebelum berlepas.

Di kaunter keselamatan, tunjukkan pas menaiki pesawat anda dan kad identiti atau pasport. Kemudian, sila menuju ke pintu menaiki pesawat. (Pintu menaiki pesawat akan ditutup 30 minit sebelum berlepas).

Jom bersedia untuk pengalaman penerbangan MH! Sementara menunggu, kami cadangkan anda membeli-belah di MHshop atau berehat di Golden Lounge.

Daftar masuk telefon bimbit

Video daftar masuk dari telefon mudah alih

Jika anda mempunyai aplikasi Malaysia Airlines, anda boleh mendaftar masuk ke penerbangan anda seawal 48 jam sebelum berlepas. Jimat masa tanpa beratur!

Waktu daftar masuk Anda boleh mendaftar masuk bila-bila masa dari 48 jam hingga 90 minit sebelum penerbangan.

Daftar masuk mudah Hanya enam langkah mudah sebelum anda memulakan penerbangan!

Sila pilih penerbangan pertama anda bersama Malaysia Airlines sebagai perjalanan pertama.

Sila rujuk 6 digit nombor tempahan (6 campuran angka dan huruf) atau nombor e-tiket (13 digit).

Bawa bersama pas menaiki pesawat yang dicetak, atau Apple Passbook ke lapangan terbang.

60 minit sebelum penerbangan anda, serahkan sebarang bagasi berdaftar di kaunter serahan bagasi.

Di kaunter keselamatan, tunjukkan pas menaiki pesawat anda dan kad identiti atau pasport. Kemudian, sila menuju ke pintu menaiki pesawat. (Pintu menaiki pesawat akan ditutup 30 minit sebelum berlepas).

Jom bersedia untuk pengalaman penerbangan MH! Sementara menunggu, kami cadangkan anda membeli-belah di MHshop atau berehat di Golden Lounge.

Daftar masuk di kaunter

Biar kami membantu anda dengan urusan daftar masuk. Hanya tunjukkan dokumen perjalanan anda di kaunter Malaysia Airlines dan selebihnya, serahkan kepada kami.

Waktu daftar masuk Sila ambil perhatian waktu berlepas anda agar anda boleh menaiki pesawat dengan tenang.

Daftar masuk sendiri diwajibkan bagi semua penumpang Kelas Ekonomi Malaysia Airlines yang menaiki pesawat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), bergantung kepada penerbangan yang ada. Untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa: Kaunter daftar masuk akan tutup 60 minit sebelum berlepas. Pintu berlepas akan tutup 30 minit sebelum berlepas.

Untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa: Kaunter daftar masuk akan tutup 60 minit sebelum berlepas. Pintu berlepas akan tutup 30 minit sebelum berlepas.

Untuk semua penerbangan: Kaunter daftar masuk akan tutup 60 minit sebelum berlepas. Pintu berlepas akan tutup 30 minit sebelum berlepas.

Jika anda ke KLIA menaiki tren KLIA Ekspres, anda boleh memilih untuk daftar masuk dan daftar bagasi di KL CAT dalam stesen KL Sentral. Harap maklum bahawa: Perkhidmatan ini eksklusif untuk pemegang sah tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Untuk penerbangan antarabangsa dan domestik, anda perlu daftar masuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum berlepas. Waktu operasi kaunter daftar masuk adalah dari 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Tetapan kaunter daftar masuk​ Sila ambil perhatian bahawa susun atur kaunter telah disesuaikan mengikut keperluan kumpulan pengembara yang berbeza.

Cara mendaftar masuk Hanya tunjukkan dokumen perjalanan anda di kaunter lapangan terbang, daftar masuk dan ambil pas menaiki pesawat anda.

Jika anda mempunyai tiket penerbangan Malaysia Airlines yang berasingan dan disambungkan ke oneworld atau rakan kerjasama kurier codeshare, anda kini boleh mendaftar masuk di kaunter. Ini bermaksud bagi sepanjang perjalanan, anda boleh daftar masuk bagasi anda dengan mudah.

Mulai 1 Jun 2016, ahli gabungan oneworld tidak lagi perlu menyediakan perkhidmatan daftar masuk kepada penumpang dan bagasi mereka ke destinasi terakhir apabila terbang dengan tiket berlainan menggunakan tempahan asing. Ini bermaksud jika anda membeli dua atau lebih tiket berasingan untuk dua tempah berasingan bagi dua atau lebih perjalanan bersama penerbangan oneworld, anda perlu mendaftar diri dan bagasi sendiri di akhir perjalanan anda. Namun memandangkan kami amat mementingkan Malaysian Hospitality, kami masih meneruskan perkhidmatan daftar masuk ke destinasi akhir anda, selagi perjalanan anda bermula dengan MH, dan tempahan tiket lain bersama penerbangan oneworld.

Kios Daftar Masuk Sendiri

Cepat dan intuitif, kios daftar masuk sendiri kami membolehkan anda memilih tempat duduk serta mencetak tag bagasi dan pas menaiki pesawat. Anda kemudian dipersilakan untuk ke kaunter serahan bagasi atau terus ke pintu memasuki pesawat.

Waktu daftar masuk Anda boleh mendaftar masuk pada bila-bila masa dari 24 jam sehingga 90 minit sebelum berlepas.

Daftar masuk mudah Hanya enam langkah mudah sebelum anda berlepas!

Kios daftar masuk sendiri tersedia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bahru, Johor Bahru dan Langkawi.

Sila rujuk nombor tempahan (6 karakter bercampur) atau e-tiket (13 digit).

Bawa bersama pas menaiki pesawat yang dicetak, atau Apple Passbook ke lapangan terbang.

Sila serahkan bagasi berdaftar anda di kaunter serahan sekurang-kurangnya 60 minit sebelum berlepas.

Di kaunter keselamatan, tunjukkan pas menaiki pesawat anda dan kad identiti atau pasport. Kemudian, sila menuju ke pintu menaiki pesawat. (Pintu menaiki pesawat akan ditutup 30 minit sebelum berlepas).

Jom bersedia untuk pengalaman penerbangan MH! Sementara menunggu, kami cadangkan anda membeli-belah di MHshop atau berehat di Golden Lounge.

Selain daripada penerbangan ke Kathmandu dan Dhaka, semua penumpang perlu daftar masuk secara dalam talian. Daftar masuk sendiri boleh dilakukan oleh semua penumpang kecuali: Penumpang dengan Permintaan Istimewa yang memerlukan bantuan daripada kami. Penumpang dalam kumpulan lebih dari sembilan orang. Penumpang yang sedang dalam mod standby. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, dan Langkawi mempunyai kios daftar masuk sendiri. PENCETAKAN SENDIRI TAG BAGASI BAGI KELAS EKONOMI DARI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR. Bagi mempercepatkan tempoh daftar masuk, kami meminta semua penumpang yang menaiki penerbangan Kelas Ekonomi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur membuat Pencetakan Sendiri Tag Bagasi mulai 18 Ogos 2016. Perkhidmatan ini membolehkan anda mencetak sendiri tag bagasi anda dan memasang tag untuk bagasi anda di kios daftar sendiri sebelum ke kaunter serahan bagasi. Arahan akan dicetak bersama tag dan terdapat staf kami di lapangan terbang yang akan membantu anda. Jika anda sudah mendaftar secara dalam talian atau melalui telefon bimbit, anda perlu juga mencetak tag bagasi anda di kios daftar masuk sendiri sebelum ke kaunter serahan bagasi. Bagi mengelakkan sebarang kelewatan di barisan serahan bagasi, pastikan bagasi anda menepati limit elaun berat bagasi. Jika bagasi anda melebihi elaun berat yang diperuntukan, anda perlu membayar yuran tambahan di kaunter bagasi sebelum kami boleh mendaftar beg anda. *Untuk keselamatan semua penumpang, peranti elektronik yang pernah dipanggil semula oleh pengilang tidak akan dibenarkan didaftar masuk.

Anda mempunyai soalan-soalan lain? AskMH mempunyai semua jawapan kepada segala persoalan anda mengenai daftar masuk melalui laman web, telefon bimbit, kaunter, kios daftar sendiri serta soalan berkaitan dokumen perjalanan dan pelbagai lagi.

Daftar masuk laman web / telefon bimbit

Daftar masuk

Kios daftar masuk sendiri

Daftar masuk di kaunter

Dokumen perjalanan

Terokai lebih banyak lagi

Terokai lagi

Terokai lagi

Terokai lagi

Imej pecahan daftar masuk