Bagasi

Bagasi

Imej Banner Bagasi

Imej Banner Bagasi

Bagasi

Bagasi kabin

Bagasi kabin ialah bagasi yang dibawa dan disimpan di dalam kabin di bawah kawalan dan jagaan penumpang. Ia biasanya dirujuk sebagai bagasi tangan, bagasi bawaan atau bagasi tidak berdaftar.

Pelanggan yang mempunyai tempat duduk berhak untuk:

Nota : Elaun bagasi kabin untuk ahli Enrich Platinum dan Gold/ one world Emerald and Sapphire kekal mengikut kelas perjalanan bertiket mereka. Elaun bagasi percuma tambahan hanya terpakai kepada bagasi berdaftar sahaja.

Sebagai tambahan kepada elaun bagasi kabin percuma, penumpang boleh membawa SATU daripada barang peribadi ini di bawah secara percuma (sama ada pilihan A, B atau C) dan semua item gabungan (secara keseluruhannya) mestilah dalam berat maksimum kabin elaun bagasi yang dinyatakan dalam jadual di atas dengan kelas perjalanan masing-masing: A. Salah satu daripada yang berikut: Satu (1) beg bimbit, Satu (1) beg tangan (lelaki/perempuan), Satu (1) buku nota atau beg komputer riba, ATAU Satu (1) beg kamera kecil. B. Bagi penumpang yang melakukan perjalanan dengan bayi, dalam apa jua keadaan, adalah dibenarkan untuk membawa SATU daripada yang berikut tanpa sebarang bayaran sebagai tambahan kepada barang peribadi seperti yang dinyatakan dalam ruang A: Beg kemudahan bayi (mengandungi makanan bayi untuk dimakan di atas kapal dan lampin semasa penerbangan) tidak lebih daripada 5 kg, Katil bayi kecil, ATAU Saiz kabin kereta dorong bayi ringan yang boleh dilipat sepenuhnya. C. Barangan lain yang dibenarkan tanpa sebarang bayaran adalah seperti berikut: Satu (1) beg beli-belah bebas cukai untuk barangan yang dibeli di lapangan terbang pada hari penerbangan anda. Sepasang topang ketiak atau tongkat untuk berjalan, ATAU Satu (1) kot.

Sebagai tambahan kepada elaun bagasi kabin percuma, penumpang boleh membawa SATU daripada barang peribadi ini di bawah secara percuma (sama ada pilihan A, B atau C) dan semua item gabungan (secara keseluruhannya) mestilah dalam berat maksimum kabin elaun bagasi yang dinyatakan dalam jadual di atas dengan kelas perjalanan masing-masing: A. Salah satu daripada yang berikut: Satu (1) beg bimbit, Satu (1) beg tangan (lelaki/perempuan), Satu (1) buku nota atau beg komputer riba, ATAU Satu (1) beg kamera kecil. B. Bagi penumpang yang melakukan perjalanan dengan bayi, dalam apa jua keadaan, adalah dibenarkan untuk membawa SATU daripada yang berikut tanpa sebarang bayaran sebagai tambahan kepada barang peribadi seperti yang dinyatakan dalam ruang A: Beg kemudahan bayi (mengandungi makanan bayi untuk dimakan di atas kapal dan lampin semasa penerbangan) tidak lebih daripada 5 kg, Katil bayi kecil, ATAU Saiz kabin kereta dorong bayi ringan yang boleh dilipat sepenuhnya. C. Barangan lain yang dibenarkan tanpa sebarang bayaran adalah seperti berikut: Satu (1) beg beli-belah bebas cukai untuk barangan yang dibeli di lapangan terbang pada hari penerbangan anda. Sepasang topang ketiak atau tongkat untuk berjalan, ATAU Satu (1) kot.

Nota : Elaun bagasi kabin untuk ahli Enrich Platinum dan Gold/ one world Emerald and Sapphire kekal mengikut kelas perjalanan bertiket mereka. Elaun bagasi percuma tambahan hanya terpakai kepada bagasi berdaftar sahaja.

Item Terkawal dan Dilarangkan

Cecair, aerosol, dan gel (LAG) Sila pastikan semua bahan cecair, aerosol, dan gel (LAG) diisi maksimum 100ml (34oz) 100ml (34oz) untuk setiap item, seperti tertera di bawah.

Sila pastikan semua bahan cecair, aerosol, dan gel (LAG) diletakkan dalam satu beg plastik lut sinar boleh tutup semula dan tunjukkan beg tersebut secara berasingan ketika pemeriksaan. Anda akan diberikan satu beg plastik seorang dan isi beg plastik tersebut tidak seharusnya melebihi satu liter dalam jumlah keseluruhan.

Sila pastikan semua bahan cecair, aerosol, dan gel (LAG) diletakkan dalam satu beg plastik lut sinar boleh tutup semula dan tunjukkan beg tersebut secara berasingan ketika pemeriksaan. Anda akan diberikan satu beg plastik seorang dan isi beg plastik tersebut tidak seharusnya melebihi satu liter dalam jumlah keseluruhan.

It em dikecualikan Jika anda mempunyai keperluan khas seperti ubat-ubatan, susu atau makanan bayi, atau keperluan diet khas sepanjang penerbangan, anda boleh membawa barang-barang ini bersama anda. Sila pastikan anda mempunyai segala dokumen sokongan yang mengatakan anda mempunyai keperluan atau diet khas dan tunjukkan dokumen ini ketika melalui sekuriti lapangan penerbangan. Keluarga yang menaiki penerbangan bersama kanak-kanak di bawah tujuh tahun boleh membawa susu atau makanan mereka ke dalam kabin. Cecair,aerosol, dan gel (LAG) yang dibeli pada hari anda menaiki penerbangan di Kedai Bebas Cukai Lapangan Terbang atau di dalam pesawat dibenarkan ke kabin. Harus dipastikan bahawa pembelian anda dipek di dalam plastik beg boleh ditutup semula dan bukti pembelian adalah jelas untuk proses pemeriksaan yang lancar di atas pesawat.

Hanya cecair nitrogen dengan pengesahan AVMED yang mempunyai sampel embryo manusia dibenarkan untuk dibawa masuk sebagai bagasi diperiksa atau kabin.

Jika anda perlu menggunakan karbon dioksida (ais kering) untuk membungkus barangan mudah rosak anda (yang tidak tertakluk di bawah Peraturan Makanan Berbahaya) di dalam bagasi kabin, sila ambil maklum bahawa jumlah ais kering tersebut tidak seharusnya melebihi 2.5kg (5lb) bagi setiap penumpang. Anda juga perlu mengisytiharkan ais kering sebagai bagasi kabin apabila menempah atau daftar masuk ke pesawat. Makanan laut (segar atau beku) tidak boleh didaftar masuk dan hanya boleh dibawa ke pesawat sebagai bagasi kabin. Ini tertakluk kepada peraturan kuarantin negara destinasi anda dan setelah mengambil kira makanan laut itu telah dibungkus dengan elok (tidak dibenarkan menggunakan ais hancur untuk tujuan ini) dan menepati kelayakan saiz dan berat bagasi.

Bagasi Telah Diperiksa

Dimensi Bagasi Setiap bagasi yang didaftar masuk mempunyai dimensi linear (panjang + tinggi + lebar) tidak melebihi 158cm atau 6in. Bag yang melebihi saiz dikira mempunyai dimensi linear antara 158cm-204cm atau 62in-80in. Ini bergantung kepada perubahan surcaj. Bagi bagai yang lebih besar dan melebihi 204cm atau 80in, anda boleh dapatkan bantuan lanjut daripada MASKargo.

Setiap bagasi yang telah didaftar masuk tidak boleh melebihi 32kg atau 70lb untuk Suite Perniagaan/Kelas Perniagaan dan 23kg atay 50lb bagi Kelas Ekonomi. Jumlah bag yang anda daftar masuk turut bergantung kepada kelas kabin anda. Sila semak had berat bagasi anda sebelum menempah tiket penerbangan bagi memastikan elaun bagasi cukup untuk perjalanan anda. Jika bagasi anda lebih panjang atau tinggi daripada dimensi yang dinyatakan di atas, anda mungkin perlu diterbangkan sebagai barang muatan dan bukan bagasi.

Jika anda memerlukannya, kami dengan berbesar hatinya ingin membantu anda membawa keperluan perubatan peribadi seperti kerusi roda dan bantuan berjalan; atau keperluan bayi seperti kereta sorong bayi, kerusi kereta bayi dan kandang main dengan tanpa kos tambahan. Perkhidmatan ini disediakan untuk semua pemegang tiket. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah:

Nota: Tiada had berat untuk bagasi di kaunter daftar masuk. Elaun tambahan bagasi berdaftar untuk penumpang one world adalah sama. Sebarang bagasi ekstra perlu dibeli terdahulu. Elaun Bagasi Percuma (FBA) untuk penumpang yang menaiki HANYA kelas Ekonomi dan penerbangan Domestik Malaysia Airlines telah dikurangkan kepada 20kg bermula 1 Ogos 2018. Namun polisi di bawah kekal tidak berubah: Jumlah artikel dibenarkan dan dimensi bagasi kekal sama. Elaun Bagasi Percuma bagi Enrich Platinum/Gold/Silver sedia ada tidak berubah. Kelayakan FBA sedia untuk Kelas Perniagaan sebanyak 40kg kekal sedemikian. Penumpang yang diberi tiket menggunakan waran Kerajaan (GOM) turut tidak terkenal. Mereka boleh terus menggunakan Elaun Bagasi Percuma 30kg untuk laluan domestik.

Bagasi istimewa

Bagasi terlebih muatan Sebarang bagasi yang mempunyai dimensi linear (panjang + tinggi + lebar) melebihi 158cm atau 62in, atau berat melebih 32kg atau 70lb dikira sebagai melebihi muatan dan mungkin akan dikenakan surcaj. Anda boleh mendapatkan khidmat MABKargo atau perkhidmatan logistik seumpamanya untuk bantuan bagasi yang mempunyai dimensi linear yang lebih daripada 204cm atau 80in.

Had berat maksimum untuk satu item bagi bagasi berdaftar adalah berdasarkan undang-undang kesihatan dan keselamatan tempat serta kawasan lain berkaitan bagasi. Bagi sesetengah jenis bagasi, tempahan khas perlu dibuat. Kami cuba sebaik mungkin agar perkara seperti ini tidak akan berlaku, namun Malaysian juga berhak untuk menafikan pendaftaran sesetengah bagasi.

Item yang tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam kargo pesawat dirujuk sebagai Bagasi Tempat Duduk Kabin. Item tersebut termasuklah alatan muzikal, karya seni, peranti elektronik, dan barangan diplomatik atau berharga yang lain. Alatan muzikal Bagi penumpang kami yang berbakat muzikal, ini cadangan kami bagi memastikan alatan muzikal anda kekal selamat sepanjang penerbangan: Alatan kecil lain seperti seruling, seksofon atau biola boleh dibawa ke pesawat sebagai bagasi kabin. Alatan muzikal yang lebih besar dan agak sensitif seperti selo, piano, gitar atau akordion mungkin dibenarkan masuk ke dalam pesawat dengan membeli tiket tempat duduk sebelah sebagai ruang tambahan. Untuk alatan muzikal yang besar tetapi lebih tahan lasak seperti trombon atau dabal bes, kami cadangkan untuk anda membawa naik sebagai bagasi berdaftar.

Untuk penumpang berjiwa atlet, kami ingin anda tahu bahawa segala alatan sukan anda akan tiba dengan selamat bersama anda. Oleh itu, kami ingin cadangkan kepada anda agar alatan sukan seperti ini dibungkus dengan lebih rapi dan selamat. Alatan sukan golf Papan luncur air Masts dan papan layar Kanu Basikal tidak bermotor Alatan memancing Kelengkapan memanah Alatan boling Peralatan memburu Payung terjun Sukan bersenjatan dan amunisi Peralatan menyelam Peralatan ski salji dan air

Bagasi ekstra

Bagasi ekstra Jika anda perlu membawa muatan lebih daripada had bagasi yang dibahagikan, adalah lebih baik jika anda membeli bagasi ekstra terdahulu. Anda boleh mendapatkan diskaun 20% bagi bagasi ekstra apabila anda membeli secara dalam talian melalui Urus Tempahan Anda  atau melalui pusat panggilan kami 1 300 88 3000 . Anda boleh membuat prapembelian bagasi ekstra 24 jam sebelum berlepas. Untuk maklumat lanjut, sila lihat terma dan syarat di bawah.

Produk ini, Bagasi Ekstra, hanya boleh didapati untuk penerbangan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines. Ia tidak boleh didapati untuk penerbangan MASwings. Bagasi Eksktra tidak sah untuk penerbangan interline dan codeshare. Pembelian bagasi ekstra tidak boleh dikembalikan semula. Bagi sebarang permintaan untuk perubahan, bagasi ekstra perlu menepati beberapa kriteria: a. Perubahan dilakukan pada rujukan tempahan yang sama (Rujukan Nama Penumpang). b. Lokasi berlepas dan destinasi tiba yang sama. c. Penerbangan dikendalikan oleh Malaysia Airlines. d. Tiada perubahan pada butiran penumpang. e. Ketersediaan ruang pesawat. (Sebagai contoh: Pembelian Bagasi Ekstra untuk Encik ABC bagi MH4 pada 15 Disember 2018, 0900 hanya sah untuk Encik ABC bagi MH2 pada 20 Disember 2018, 2330. Dua penerbangan ini mempunyai lokasi berlepas dan destinasi tiba yang sama tetapi tarikh dan masa berlainan). f. Tiada campuran antara penerbangan Domestik dan Antarabangsa. (Sebagai contoh: Untuk penerbangan PEN ke SIN dengan transit melalui KUL, MHupgrade hanya disediakan untuk PEN ke KUL sahaja). g. Permintaan untuk perubahan bagasi ekstra hanya boleh dilakukan melalui pejabat tiket dan pusat panggilan MH. Bagasi ekstra tidak boleh ditukar dan dipindahmilik antara penumpang (Sebagai contoh: Bagasi ekstra yang dibeli untuk Encik ABC untuk MH4 pada 14 September 2017, 0950 tidak sah untuk Encik XYZ bagi penerbangan pada tarikh dan waktu yang sama atau penerbangan pada tarikh dan waktu berlainan). Jika berat bagasi penumpang melebihi jumlah elaun bagai percuma dan bagasi ekstra telah dibeli, berat tambahan bagasi tersebut akan dicaj pada kadar normal untuk lebihan bagasi di kaunter daftar masuk. Berat tambahan yang tidak digunakan daripada mana-mana pembelian bagasu ekstra tidak boleh dipulangkan semula, dipindahmilik, atau ditukar dalam mana-mana bentuk. (Sebagai contoh: Pembelian bagasi ekstra- 5kg, elaun bagasi percuma = 20kg – Jika jumlah berat bagasi penumpang adalah 23kg, baki 2kg akan dihapuskan). Sila klik sini untuk ketahui maklumat terkini mengenai elaun bagasi percuma kami. Malaysia Airlines berhak menukar kadar, terma dan syarat produk bagasi ekstra pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Item bagasi yang merupakan sebahagian daripada pembelian bagasi ekstra mungkin akan dikurangkan berikutan masalah keselamatan atau sekuriti. Jika ini berlaku, kami akan membayar semula yuran bagasi bagi item yang terkesan. Syarat-syarat umum Pengangkutan bagi Penumpang dan Bagasi Malaysia Airlines adalah sebahagian daripada syarat-syarat ini. Sila rujuk Polisi Bagasi berikut: https://www.malaysiaairlines.com/content/dam/mas/pdf/MAB_general_conditions_of_carriage.pdf

Soalan Iazim

Item mudah pecah

Item mudah pecah Barang mudah pecah atau rosak, wang tunai, barang kemas, logam bernilai, elektronik, perak, dokumen penting, dokumen kerja, pasport dan dokumen lain atau sampel tanpa permit tidak dibenarkan didaftar masuk.

Kami menerima objek sensitif dan mudah pecah jika barang-barang ini dibungkus dan dilapik dengan kotak yang direka khas oleh kilang untuk melindungi barang-barang yang masih dalam siasatan, tiub kadbod untuk menghantar surat, beg keras atau bekas penghantaran khas. Borang pelepasan mesti ditandatangani agar bahan mudah pecah ini diterima tanpa pembungkusan rapi. Kami juga berhak menolak sebarang item mudah pecah mengikut budi bicara kami. Penghantaran lewat bagi sesetengah bagasi berdaftar mungkin berlaku berikutan ketidaksesuaian barangan tersebut seperti, pembungkusan yang tidak cukup rapi dan mungkin boleh mengakibatkan kerosakan.

Item yang tidak dibenarkan di dalam bagasi berdaftar dan kabin

Gas termampat, bahan hakis, racun, cecair mudah terbakar, merkuri, senjata merbahaya, asid, bahan teroksida atau letupan, bahan radioaktif, bahan magnet, dan amunisi tidak diisytihar tidak dibenarkan masuk sebagai bagasi berdaftar atau carry-on ke dalam pesawat. Senjata api dan amunisi perlu diterima di bawah pengurusan senjata api seperti yang telah ditentukan peraturan pihak berkuasa. Barang mudah rosak boleh diterima bergantung kepada keadaan ketika dilepaskan. Antara contoh barang mudah rosak adalah: Makanan segar atau beku seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam itik, produk bakeri, dan produk tenusu. Produk floral dan nurseri seperi bunga-bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bunga potong dan dedaun seperti perhiasan bunga. Makanan laut, walaupuan dikategorikan sebagai makanan mudah rosak, tidak dibenarkan untuk didaftar masuk disebabkan kemungkinan tertumpah atau bocor daripada pek makanan laut tersebut dan boleh menyebabkan kerosakan hakisan terhadap struktur pesawat. Ini akan melibatkan kerja-kerja dan kos penyelenggaraan tambahan kepada Malaysia Airlines. Makanan laut hanya boleh dibawa sebagai bagasi kabin. Senjata seperti senjati api, pedang, pisau baharu dan antik dan item lain seumpamanya boleh diterima masuk sebagai bagasi berdaftar seperti disenarikan dalam peraturan Malaysia Airlines, namun tidak diterima masuk ke dalam kabin.

Makanan dipanaskan sendiri atau makanan sedia dimakan ke dalam pesawat Malaysia Airlines Atas sebab keselamatan, sebarang bentuk makanan dipanaskan sendiri atau makanan sedia dimakan yang dibawak masuk di dalam bagasi berdaftar atau kabin oleh para penumpang atau kru pesawat kini tidak lagi lagi dibenarkan ke dalam semua penerbangan Malaysia Airlines. Makanan dipanaskan sendiri atau makanan sedia dimakan termasuk pek pemanas atau pek pemanas sendiri seperti periuk panas segera, nasi, dan minuman. Pek ini mengandungi kandungan berbahaya seperti serbuk magnesium, serbuk besi, karbon padat terbakar sendiri atau bahan kaki kalsium oksida yang akan mengeluarkan gas mudah terbakar apabila terkena air.

Alat bantuan pergerakan dan kerusi roda menggunakan bateri

Terdapat tiga jenis bateri yang digunakan bersama alat bantuan pergerakan atau kerusi roda:

Bateri kering (termasuk bateri bersepadu) Bateri jenis gel Bateri basah (dikedap, kalis kalis tumpah)

Bateri basah

Bateri Litium-ion (turut menggunakan singkatan bateri Li-ion atau LiPo)

Peranti rokok elektrik mudah alih menggunakan bateri

Peranti rokok elektrik mudah alih menggunakan bateri Peranti rokok elektrik mudah alih menggunakan bateri tidak dibenarkan didaftar masuk. Peranti ini juga tidak dibenarkan dibawa masuk sebagai item carry-on melainkan: - Untuk kegunaan sendiri - Bateri simpanan milik individu dan disimpan di dalam bekas asal atau terminalnya telah ditebat. - Setiap bateri: Tidak mempunyai kandungan litium melebih 2 gram bagi bateri logam litium Tidak melebihi kadar Watt-hour 100 Wh bagai bateri litium-ion Menepati keperluan bagi setiap ujian di dalam UN Manual of Test and Criteria, Part III sub-section 38.3.

Bank Kuasa

Bank kuasa dibenarkan di dalam pesawat; namun tertakluk kepada peraturan keselamatan yang ketat. Ia dibenarkan sebagai barangan dibawa tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Bank kuasa mesti dibawa dalam bagasi kabin sahaja dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar. Setiap penumpang boleh membawa maksimum dua (2) bank kuasa. Pengecasan atau penggunaan bank kuasa adalah dilarang sama sekali sepanjang penerbangan. Bank kuasa mesti disimpan bersama penumpang sepanjang masa dan tidak boleh diletakkan di ruang simpanan atas. Semasa penerbangan, ia boleh disimpan di dalam beg yang dibawa di bawah tempat duduk, atau di dalam poket tempat duduk di hadapan penumpang. Bank kuasa mesti disimpan di dalam beg atau sarung pelindung yang berasingan untuk mengelakkan pengaktifan yang tidak disengajakan. Bank kuasa yang rosak, bengkak, atau tidak mematuhi piawaian adalah dilarang.

Had Watt-jam (Wh): Sehingga 100 Wh: Dibenarkan (maksimum dua bank kuasa setiap penumpang) Lebih daripada 100 Wh dan sehingga 160 Wh: Dibenarkan tertakluk kepada kelulusan syarikat penerbangan Melebihi 160 Wh: Dilarang sama sekali Untuk perjalanan antara syarikat penerbangan, pembawaan bank kuasa adalah tertakluk kepada dasar Most Significant Carrier (MSC).

Tajuk gambar Bagasi