MHupgrade
Langkah-langkah untuk Mengemukakan Tawaran
1. Buat tawaran
- Jika anda telah menerima e-mel tawaran daripada kami, klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel tawaran.
- Jika anda belum menerima e-mel tawaran, anda boleh menyemak kelayakan anda dengan memasukkan:
- Rujukan Tempahan Penerbangan dan
- Nama Akhir/Nama Keluarga dalam kotak Semak Kelayakan Anda.
- Anda akan diarahkan ke halaman tawaran kami jika anda layak.
- Gunakan pelungsur harga untuk memilih harga tawaran anda.
2. Masukkan Butiran Pembayaran
- Masukkan butiran kad kredit anda untuk membolehkan pembayaran apabila naik taraf anda berjaya. Tiada caj akan dikenakan melainkan jika tawaran naik taraf berjaya.
3. Semak dan Serah
- Pastikan semua butiran betul sebelum menyerahkan tawaran anda.
- Anda akan diberitahu oleh Malaysia Airlines sama ada tawaran naik taraf anda diterima 48 jam sebelum penerbangan anda berlepas.
- Apabila naik taraf berjaya, anda akan diberikan tiket baharu dan harga tawaran anda akan dicajkan kepada kad kredit anda.
Ketahui lebih lanjut mengenai Terma dan Syarat MHupgrade dan Soalan yang Sering Ditanya.
Jadikan perjalanan anda lebih memuaskan dengan MHupgrade
Sila ambil perhatian bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam kelas yang dinaik taraf mungkin berbeza mengikut jenis dan konfigurasi kapal terbang. Jenis kapal terbang juga mungkin tertakluk kepada perubahan saat akhir disebabkan oleh keperluan pengendalian.