Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Perjalanan yang tenang dengan kelebihan Economy Flex.

 

Kami semua pergi melancong dengan cara yang berbeza-beza. Ada yang mahukan lebih banyak elaun bagasi, sementara ada yang lebih minat perjalanan ringan. Ada yang suka apabila semua harga termasuk dalam satu tambang, sementara ada juga hanya memerlukan yang minimum. Selepas COVID-19 pula, ramai dalam kalangan anda yang inginkan fleksibiliti serta keselamatan jarak di antara penumpang.

 

Tidak kira apa pilihan anda, di Malaysia Airlines kami serba memahami dan telah mengambil langkah-langkah mempertingkatkan Economy Flex kami untuk kelebihan anda.​

 

Nikmati Economy Flex baharu dengan:​

  • 35kg bagasi daftar masuk​
  • Keutamaan daftar masuk​​
  • Keutamaan menaiki pesawat​
  • Keutamaan tuntutan bagasi​
  • Pemesanan semula: Perubahan percuma tanpa had (perbezaan tambang dikenakan)​​
  • Pembayaran balik tanpa caj
  • Perlindungan perjalanan asas percuma*​​
  • Diskaun 10% untuk pembelian tiket seterusnya*​​

 

Sekiranya anda melancong dengan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas tetapi dibawah 12 tahun, kami mempunyai tawaran yg hebat! Mulai 18 November 2020, kami meningkatkan diskaun untuk tiket kanak-kanak di Economy Flex daripada 15% ke 25%! Tempah Economy Flex sekarang dan nikmati lebih banyak penjimatan sebagai sebuah keluarga.​​

 

Kelebihan ini tertakluk kepada penerbangan yang hanya dikendalikan oleh Malaysia Airlines ke semua destinasi kecuali Malaysia ke Jepun, Jepun ke Malaysia, Jeddah dan Madinah.​

 

 

 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"