Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Bagasi yang Didaftarkan

 

Ukuran Bagasi

Bagi setiap Bagasi yang didaftar masuk, ukuran linear mestilah kurang daripada 158 cm (62 in).

Nota: Ukuran Linear adalah jumlah dimensi bagasi

Bagasi yang berukuran (Panjang + Lebar + Tinggi) antara 158 hingga 204 cm (62 dan 80 inci) dikira sebagai saiz berlebihan.

Bagasi yang berukuran melebihi 204 cm (80 in) tidak akan diterima sebagai bagasi berdaftar atau bagasi dibawa bersama. Penumpang perlu merujuk kepada pihak MABkargo.

 

Berat Bagasi

Untuk konsep unit, setiap bagasi yang didaftarkan tidak boleh melebihi 32kg (70 lb), untuk Suite Perniagaan/Kelas Perniagaan dan 23 kg (50 lb) untuk Kelas Ekonomi.

Untuk konsep berat, setiap bagasi yang didaftarkan tidak boleh melebihi 32kg (70 lb), untuk Suite Perniagaan/Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi.

Bagasi yang melebihi ukuran linear yang ditetapkan, hendaklah dihantar melalui pengangkutan kargo. Ini termasuk barang-barang yang dibawa di bawah surat kurier sebagai bagasi yang didaftarkan.

Bagi peralatan sukan, tujuan peraturan ini adalah untuk memastikan kemudahan, keselamatan dan melancarkan proses bagasi yang didaftarkan.

 

Maklumat Tambahan

Malaysia Airlines akan membawa tanpa sebarang caj:

• Peralatan bayi (cth. kereta sorong bayi, tempat duduk bayi, tempat duduk kereta, alat mainan) • Peralatan perubatan peribadi (cth. kerusi roda manual, kerusi roda bermotor (bateri sel kering dan gel) • topang • tongkat • pejalan kaki • alat menyokong belakang tubuh • kerusi roda selit belakang • pendakap •

Elaun percuma di atas adalah dikenakan pada semua pemegang tiket, untuk pengecualian lihat di bawah:

 

Bayi (dengan tiket 10% diskaun)

Bayi dibenarkan tanpa caj:
Satu beg dengan ukuran maksimum 45 inci (115cm), yang boleh dibawa sebagai bagasi kabin, dan
Satu tempat duduk bayi yang boleh dilpat sepenuhnya atau kereta sorong bayi atau bakul bayi Berat barang yang dibenarkan tidak melebihi 10 kg secara keseluruhan.

Kanak Kanak

Sama seperti orang dewasa

Orang dengan Kelainan Upaya

Orang dengan kelainan upaya boleh membawa tanpa sebarang caj dan sebagai tambahan kepada elaun percuma umum; sebuah kerusi roda (manual / elektrik), peranti mobiliti, topang atau peranti bantuan ortopedik yang lain.

 

Nota:

1.      Tiada had untuk jumlah Bagasi yang didaftar masuk untuk konsep berat.

2.      Kelayakan bagasi tambahan yang didaftarkan sedia ada untuk penumpang oneworld tetap sama seperti di atas. Sebarang lebihan bagasi akan dikenakan caj yang sewajarnya.

3.      Bermula 1 Ogos 2018, elaun bagasi tambahan untuk penumpang Kelas Ekonomi dan laluan domestik MH SAHAJA telah ditukar kepada 20kg (sebelumnya 30kg). Tiada perubahan pada polisi sedia ada seperti berikut:

  • Ukuran bagasi dan jumlah unit yang dibenarkan masih sama.
  • Kelayakan Elaun Bagasi tambahan untuk Enrich Platinum/Gold/Silver masih sama.
  • Kelayakan 40kg Bagasi tambahan untuk Kelas Perniagaan masih sama.

Tiket penumpang yang dibeli menggunakan Waran Jaminan Kerajaan (GOM) masih layak menerima 30kg elaun bagasi tambahan untuk laluan domestik MH.

 

 

 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"