Pengangkutan
Pengangkutan
Gambar Pengangkutan
Gambar Pengangkutan
Pengangkutan
KLIA Express Airport Transfer Perkhidmatan kereta api premium kami yang lancar tanpa gangguan trafik merupakan pengangkutan terpantas dan diyakini untuk bergerak di antara Kuala Lumpur dan lapangan terbang. Dari Stesen KL Sentral, perjalanan ke KLIA T1 hanya mengambil masa 28 minit dan 33 minit untuk ke KLIA T2. Perkhidmatan tambahan Jimatkan masa anda dengan mendaftar masuk lebih awal di Stesen KL Sentral dan kekal berhubung sepanjang perjalanan dengan Wi-Fi percuma. Pembelian tiket Anda boleh membeli tiket KLIA Ekspres apabila anda menempah tiket penerbangan anda. Jika tiket penerbangan anda sudah ditempah, anda boleh dapatkan tiket KLIA Ekspres melalui laman Urus Tempahan kami. Kekerapan & jadual perkhidmatan KLIA Ekspres mula beroperasi dari pukul 5 pagi hingga tengah malam setiap hari. Sila lihat jadual kereta api terkini dan kekerapan perkhidmatan kami .
Tempah sekarang
Tiket hanya sah untuk perjalanan KLIA Ekspres dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1/KLIA T2) ke Stesen KL Sentral dan sebaliknya. Pelanggan boleh membeli tiket sehingga enam (6) bulan awal. Tiket KLIA Ekspres yang dibeli di laman web Malaysia Airlines akan dihantar ke alamat e-mel anda dalam masa 24 jam. Tempoh sah tiket: Sah dalam masa satu (1) bulan dari tarikh perjalanan yang dipilih. Tiada penukaran tarikh, pembayaran semula atau pengesahan semula dibenarkan untuk tiket yang sudah dibeli. Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali KLIA Ekspres, merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan dan/atau barangan kereta api. Pertiketan ini tertakluk kepada semua undang-undang dan syarat yang berkaitan, dan juga terma dan syarat yang termaktub khususnya dalam Kontrak Pengangkutan ERL. Salinan Kontrak Pengangkutan ERL boleh didapati di kaunter tiket ERL dan di www.KLIAekspres.com . Dengan melanggan perkhidmatan dan/atau barangan kami, pelanggan telah bersetuju untuk menurut Kontrak Pengangkutan ERL.
Manage your booking
Manage your booking
Urus tempahan anda
Tempah sekarang
Temui kereta sewa dengan harga terbaik seluruh dunia. Kami kini bekerjasama dengan Rentalcars.com, penyedia perkhidmatan kereta sewa dalam talian terbesar di dunia, bagi menghubungkan anda dengan syarikat kereta sewa terbaik dari seluruh dunia. Menyediakan perkhidmatan di 158 negara serta mempunyai pusat panggilan pelbagai bahasa yang sedia dihubungi 24/7 setiap hari, kami membantu anda mendapatkan kenderaan tepat tak kira di mana sahaja anda mendarat.
Tempah sekarang
true true true true
Mata Enrich Points dengan setiap tempahan. Kumpul sehingga 2 Mata Enrich bagi setiap USD 1 yang anda belanjakan*.
Kenali penyedia terbaik. Ketahui penyedia perkhidmatan kereta sewa terbaik di seluruh dunia melalui pengadaran yang ditetapkan oleh pelanggan mereka.
Dapatkan perkhidmatan cemerlang. Anda juga boleh menggunakan pengadaran mereka untuk memilih syarikat yang mempunyai perkhidmatan terbaik.
Dapatkan nilai hebat. Dapatkan tawaran kereta sewa terbaik melalui ulasan daripada penyewa terdahulu.
Soalan Lazim
Traveljigsaw Insurance Limited merupakan sebuah syarikat di Malta dan disahkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Malta bagi menjalankan perniagaan insurans berdasarkan Akta 1998 Perniagan Insurans. Nombor Pendaftaran Syarikat: C82173 Pejabat Berdaftar, Development House, St Anne Street, Floriana, FRN 9010, Malta. *Kumpul Mata Enrich dengan Kereta Sewa a) Ahli Enrich boleh mengumpul Mata Enrich untuk layak menyewa kereta. Nama Ahli Enrich perlu tertera pada invois untuk layak menyewa kereta bagi mengumpul Mata Enrich. b) Mata Enrich diberikan bagi langganan kereta sewa pada kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat kereta sewa. Mata tidak akan diberikan bagi langganan kereta sewa seperti berikut: Langganan kereta sewa adalah sebahagian daripada pakej percutian. Kereta sewa diberikan percuma. Harga kereta sewa pada kadar diskaun industri. Harga kereta sewa pada kadar berkumpulan atau kadar promosi istimewa lain; atau Kereta sewa menggunakan Baucar Ganjaran atau baucar diskaun. c) Mata Enrich hanya akan diberikan satu kali bagi setiap langganan kereta sewa tanpa mengira jumlah kereta dan hari. Ahli Enrich dinasihatkan untuk menghubungi individu daripada syarikat kereta sewa bagi terma dan syarat terperinci untuk mengumpul Mata Enrich.
Lebih lagi di bahagian ini
Terokai lagi
Terokai lagi
Terokai lagi
Gambar Pengangkutan