Tempahan dan perkhidmatan

Tempahan dan perkhidmatan

Imej banner tempahan dan perkhidmatan

Imej banner tempahan dan perkhidmatan

Tempahan dan perkhidmatan

Pengurusan Tempahan Saya

Kami memahami yang pelan pelancongan kadangkala boleh berubah. Pengurusan Tempahan Saya membolehkan anda membuat pelarasan untuk perjalanan anda agar lebih cepat dan mudah.

true true true

Perubahan penerbangan anda Jika anda perlu membuat perubahan pada tarikh dan masa penerbangan anda, anda boleh melakukannya 4 jam sebelum berlepas.

Pembatalan dan bayaran balik Jika anda perlu membatalkan penerbangan anda yang akan datang (jika peraturan tambang membenarkan), anda boleh mendapatkan bayaran balik harga tiket di dalam talian.

Pengurusan aspek lain perjalanan anda Edit alamat perhubungan anda. Pilih tempat duduk pilihan anda. (Sila rujuk pada T&S di bawah.) Jimat untuk lebihan bagasi dengan pra-bayaran . Buat bayaran dalam matawang pilihan anda dengan pelbagai pilihan pembayaran dalam pelbagai matawang kami.*

Mula menguruskan pelancongan dalam 3 langkah mudah Pergi ke tab Pengurusan Tempahan pada atas laman web ini.

Pengurusan Tempahan Saya hanya tersedia untuk pembelian dalam talian menerusi laman web dan telefon mudah alih sahaja. Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat menawarkan perkhidmatan ini bagi pembelian luar talian (seperti yang dibuat menerusi agen pelancongan). *Ciri ini hanya sah untuk matawang berikut: AUD, EUR, GBP, HKD, JPY, SGD dan USD.

Sah untuk tingkap, ruang sayap, standard, pintu keluar kecemasan, ruang kaki ekstra (pesawat A33 dan A350). Sah untuk pasaran domestik dan antarabangsa Malaysia. Tiada pemilihan tempat duduk untuk penerbangan sambungan MASwings dan kod penerbangan perkongsian. Tiada bayaran balik dan tidak boleh dipindah milik. Harga yang dinyatakan adalah bersamaan dengan matawang tempatan untuk semua matawang luar negara. Tidak sah untuk penumpang kurang upaya/keperluan khas, kanak-kanak yang mengembara secara perseorangan, tempahan berkumpulan (lebih daripada 9 orang), dan kemudahan tempat duduk seperti tempat duduk bayi atau buai. Bayaran pemilihan tempat duduk adalah pelbagai dan bergantung kepada laluan penerbangan. Malaysia Airlines berhak untuk mempelbagaikan, memadam atau menambah apa-apa ke dalam Terma dan Syarat tanpa sebarang notis. Penumpang yang duduk di Tempat Duduk Kecemasan Untuk Keluar adalah tertakluk kepada peraturan keselamatan dengan kriteria berikut: Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada permulaan perjalanan. Kanak-kanak sama ada ditemani atau tidak ditemani oleh orang dewasa tidak dibenarkan sama sekali untuk memilih atau duduk di barisan ini. Di dalam keadaan sihat ketika daftar masuk, naik pesawat dan ketika penerbangan. Tidak membawa bayi atau menggunakan tali pinggang bayi. Tidak hamil. Tidak berada di bawah pengaruh bahan yang memabukkan. Tidak memerlukan tali pinggang tambahan kerana saiz badan yang besar. Boleh memahami dan bertutur dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Boleh memahami ilustrasi pada Kad Maklumat Keselamatan. Malaysia Airlines berhak untuk: Menukar tempat duduk penumpang yang tidak memenuhi mana-mana kriteria keselamatan di atas. Bayaran yang dibayar tidak dipulangkan kembali kecuali bagi perjalanan yang bermula dari India yang mana tertakluk kepada Polisi Penerbangan Awam Nasional 2016. Menutup tempat duduk yang telah dipilih. Menukar tempat duduk untuk tujuan operasi, keselamatan atau sebab-sebab keselamatan, walaupun selepas menaiki pesawat. Bayaran tempat duduk yang telah dibayar tidak akan dipulangkan dan tidak boleh ditukar ganti. Tertakluk terma dan syarat.

MHgroupbooking

Jika anda menaiki pesawat dalam kumpulan terdiri daripada 10 orang atau lebih, kami boleh membantu anda dengan segala persiapan. Maklumkan saja pada kami butiran pelancongan anda dan kami akan merancang perjalanan yang ideal untuk semua orang di dalam kumpulan anda.

Daftar masuk / Log masuk

Nikmati lebih banyak manfaat dengan menggunakan portal MHgroupbooking

true true true true true true true

Pendaftaran percuma  Tiada bayaran atau langganan untuk menikmati manfaat.

Tempahan secara langsung  Tempah secara langsung menerusi MHgroupbooking dan dapatkan pengesahan segera. 

Balasan segera Dapatkan balasan segera untuk membolehkan anda merancang perjalanan anda dengan mudah.

Automasi dari awal hingga akhir  Permintaan Segera, Penerimaan Sebut Harga Tambang, Bayar dan Muat Naik Nama bila-bila masa dengan sistem automasi kami.

Papan Pemuka Sebuah pengantara muka (interface) yang mudah digunakan yang dapat memberikan gambaran keseluruhan dengan pantas untuk mengesan dan menguruskan semua tempahan berkumpulan anda.

Bayaran kad kredit Bayar dengan mudah dan selamat dengan kad kredit anda.

Mengoptimum perbelanjaan perjalanan  Mereka dan membuat laporan untuk mengesan perbelanjaan kumpulan perjalanan anda. 

Bila-bila perlu, kami akan menyediakan kumpulan anda dengan manfaat tambahan:

true true true true

Tambang khas

Tempat duduk pra-pilihan dengan daftar masuk terdahulu.

Kaunter daftar masuk berkumpulan eksklusif untuk anda mendaftar masuk dengan cepat.

Hidangan khas untuk keperluan mengikut ugama dan keperluan diet – kerana semua orang seharusnya menikmati hidangan lazat sepanjang penerbangan.

Daftar masuk / Log masuk

Tempahan mestilah dibuat bagi kumpulan terdiri daripada 10 atau lebih penumpang yang melancong bersama di dalam satu penerbangan, tarikh dan jadual perjalanan. Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan penerbangan/masa yang diminta. Jika anda menyatakan jangka masa tarikh fleksibel anda, kami akan menawarkan pilihan dengan tambang yang paling rendah. Notis untuk permintaan hidangan khas hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tempoh berlepas, dan sebaik-baiknya pada masa tempahan. Pemilihan tempat duduk berkumpulan memerlukan notis sekurang-kurangnya (7) hari bekerja sebelum berlepas. Sila maklum bahawa perkhidmatan di atas tidak disediakan untuk beberapa sektor tertentu dan/atau lapangan terbang tertentu. Terma dan syarat tertakluk kepada saiz kumpulan, jenis pesawat, dan lokasi/destinasi penerbangan. Tempahan hanya boleh dibuat di https://groups.malaysiaairlines.com oleh MHgroupbooking. Tempahan yang dibuat melalui sistem ini akan diklasifikasikan di bawah jenis penumpang Group Booking. Malaysia Airlines berhak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan untuk program ini. Malaysia Airlines berhak untuk membatalkan tempahan atau menolak anda daripada menaiki pesawat jika terdapat sebarang penipuan atau penyalahgunaan kuasa program.

Saluran bayaran

Menempah tiket penerbangan Malaysia Airlines di dalam talian adalah mudah dan menyenangkan. Untuk bermula, hanya buat pilihan pembayaran selamat yang anda mahu.

ShopBack PayLater Hanya sah bagi transaksi di dalam MYR dan SGD, bagi penerbangan dari Malaysia atau Singapura. Ketahui lebih lanjut.

Ansuran Boleh dengan kad Visa, Mastercard dan AMEX yang dikelurkan oleh Maybank, Public Bank, CIMB Bank dan Hong Leong Bank.  Pilihan Ansuran:  RM500 atau lebih tinggi: 6 bulan RM1,000 atau lebih lagi yang dibelanjakan: 12 bulan.  Lihat panduan langkah satu persatu di bawah. 

Pelan Ansuran EzyPay Maybank 0% Jadikan penerbangan lebih mudah! Dapatkan: Pelan Ansuran EzyPay 6 bulan 0% dengan RM500 atau lebih yang dibelanjakan di dalam satu resit di laman web kami . Ansuran EzyPlan 12 bulan 0% dengan setiap RM1,000 atau lebih yang dibelanjakan di dalam satu transaksi pada laman web kami .

Daripada senarai kaedah pembayaran kami, pilih Bayaran Ansuran, kemudian pilih Maybank.

Masukkan butiran anda: nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh tamat dan masukkan ansuran yang menjadi pilihan.

Periksa dan pastikan butiran pembayaran anda. Klik Bayar untuk meneruskannya.

Anda akan disambungkan ke halaman 2C2P. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang dihantar kepada nombor telefon mudah alih anda.

Sebaik sahaja anda telah membuat bayaran, anda akan melihat halaman pengesahan yang memaparkan status bayaran dan butiran-butiran lain.

Akhirnya, jadual perjalanan anda akan di-e-melkan kepada anda.

Pelan Bayaran Ansuran Bebas Faedah Public Bank (ZIIP) Beli penerbangan dengan lebih mudah! Dapatkan: Pelan bebas faedah 6 bulan dengan setiap perbelanjaaan RM500 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami . Pelan bebas faedah 12 bulan dengan setiap perbelanjaaan RM1000 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami .

Daripada senarai pembayaran kami, pilih Bayaran Ansuran , kemudian pilih Public Bank .

Masukkan butiran anda: nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh luput dan pilihan bayaran ansuran yang anda mahu.

Periksa dan sahkan butiran pembayaran anda. Klik Bayar untuk meneruskannya.

Anda akan disambung ke halaman 2C2P. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang dihantar ke telefon mudah alih anda.

Setelah bayaran dibuat, anda akan melihat halaman pengesahan yang menunjukkan status bayaran dan butiran penting lain.

Akhirnya jadual perjalanan akan di-e-mel kepada anda.

Pelan Bayaran Ansuran Bebas Faedah 0% CIMB Bank Beli penerbangan dengan lebih mudah! Dapatkan: Pelan bebas faedah 6 bulan 0% dengan setiap perbelanjaan RM500 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami . Pelan bebas faedah 12 bulan dengan setiap perbelanjaan RM1000 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami .

Daripada senarai pembayaran kami, pilih Bayaran Ansuran dan pilih CIMB Bank .

Masukkan butiran anda: Nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh luput dan pilihan ansuran yang anda mahu.

Anda akan dibawa ke halaman 2C2P. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang telah dihantar ke telefon mudah alih anda.

Sebaik sahaja anda telah membuat bayaran, anda akan melihat halaman pengesahan yang menunjukkan status bayaran dan lain-lain butiran penting.

Akhirnya, jadual perjalanan akan di-e-mel kepada anda.

Pelan Bayaran Ansuran Bebas Faedah 0% Hong Leong Bank Beli penerbangan dengan lebih mudah! Dapatkan: Pelan bebas faedah 6 bulan 0% dengan setiap perbelanjaaan RM1000 di dalam satu resit di  laman web kami . 

Daripada senarai kaedah bayaran kami, pilih Bayaran Ansuran , kemudian pilih Hong Leong Bank .

Masukkan butiran anda: Nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh luput dan pilihan ansuran.

Periksa dan sahkan butiran pembayaran anda. Klik Bayar untuk meneruskan langkah seterusnya.

Anda akan disambungkan ke halaman Hong Leong Bank 3D Secure. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP).

Setelah anda selesai membuat bayaran, anda akan melihat halaman pengesahan yang menunjukkan status bayaran dan lain-lain butiran penting.

true true true true true true true true

FPX FPX membolehkan anda membuat bayaran dalam talian dari akaun semasa atau simpanan anda, 24/7. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Kad Kredit dan Debit Visa  Mastercard  American Express  JCB  Lakukan bayaran dengan cepat dan mudah serta selamat dengan pengesahan 3D Secure. 

PayPal  Tersedia untuk transaksi dalam MYR, NZD, EUR, AUD, HKD, SGD, JPY, GBP dan USD.  

UnionPay  Tersedia untuk transaksi dalam MYR, CNY, THB, IDR, SGD, HKD, KRW, JPY, TWD, AUD, INR, GBP, EUR, NZD, BND, NPR dan USD.  

Touch 'n Go e-wallet  Hanya untuk transaksi di dalam MYR bagi penerbangan dari Malaysia.    

GrabPay  Hanya untuk transaksi dalam MYR bagi penerbangan dari Malaysia.    

Boost wallet Hanya untuk transaksi dalam MYR, bagi penerbangan dari Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Caj transaksi melangkau sempadan Bagi pembayaran kad kredit, bank pengeluar kad anda akan mengenakan caj tambahan pada transaksi melangkau sempadan (yang dibuat dalam pelbagai matawang daripada kad kredit matawang asal anda) dengan tambahan pada bayaran transaksi dalam talian. Caj ini tidak dikenakan atau dikumpul oleh Malaysia Airlines. Jika anda dikenakan caj, ianya akan dinyatakan di dalam penyata kad kredit anda yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bank pengeluar kad kredit anda.

Hadiahkan diri anda pengalaman perjalanan yang hebat.

Dengan bayaran minimum, kami boleh menaik taraf anda ke Kelas Perniagaan. Nikmati penerbangan premium, dengan pelbagai keistimewaan seperti keutamaan naik pesawat, akses ruang istirehat (di mana yang boleh), dan pelbagai lagi. Anda boleh memilih untuk Last Minute Upgrade sehingga 3 jam sebelum berlepas.

Sila maklum bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ke kelas yang dinaik taraf mungkin adalah berbeza bergantung kepada jenis dan konfigurasi pesawat. Jenis pesawat juga tertakluk kepada pertukaran saat akhir dan bergantung kepada keperluan operasi. Malaysia Airlines hanya boleh menyediakan hidangan Kelas Ekonomi kepada penumpang yang membeli Last Minute Upgrade. Elaun peruntukan bagasi berdaftar adalah berdasarkan apa yang telah diperuntukkan di dalam tiket asal Kelas Perniagaan atau Ekonomi. Tiada peruntukan tambahan elaun bagasi bila anda naik taraf ke Kelas Perniagaan atau Suite Perniagaan.

Saluran bayaran

Menempah tiket penerbangan Malaysia Airlines di dalam talian adalah mudah dan menyenangkan. Untuk bermula, hanya buat pilihan pembayaran selamat yang anda mahu.

ShopBack PayLater Hanya sah bagi transaksi di dalam MYR dan SGD, bagi penerbangan dari Malaysia atau Singapura. Ketahui lebih lanjut.

Ansuran Boleh dengan kad Visa, Mastercard dan AMEX yang dikelurkan oleh Maybank, Public Bank, CIMB Bank dan Hong Leong Bank.  Pilihan Ansuran:  RM500 atau lebih tinggi: 6 bulan RM1,000 atau lebih lagi yang dibelanjakan: 12 bulan.  Lihat panduan langkah satu persatu di bawah. 

Pelan Ansuran EzyPay Maybank 0% Jadikan penerbangan lebih mudah! Dapatkan: Pelan Ansuran EzyPay 6 bulan 0% dengan RM500 atau lebih yang dibelanjakan di dalam satu resit di laman web kami . Ansuran EzyPlan 12 bulan 0% dengan setiap RM1,000 atau lebih yang dibelanjakan di dalam satu transaksi pada laman web kami .

Daripada senarai kaedah pembayaran kami, pilih Bayaran Ansuran, kemudian pilih Maybank.

Masukkan butiran anda: nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh tamat dan masukkan ansuran yang menjadi pilihan.

Periksa dan pastikan butiran pembayaran anda. Klik Bayar untuk meneruskannya.

Anda akan disambungkan ke halaman 2C2P. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang dihantar kepada nombor telefon mudah alih anda.

Sebaik sahaja anda telah membuat bayaran, anda akan melihat halaman pengesahan yang memaparkan status bayaran dan butiran-butiran lain.

Akhirnya, jadual perjalanan anda akan di-e-melkan kepada anda.

Pelan Bayaran Ansuran Bebas Faedah Public Bank (ZIIP) Beli penerbangan dengan lebih mudah! Dapatkan: Pelan bebas faedah 6 bulan dengan setiap perbelanjaaan RM500 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami . Pelan bebas faedah 12 bulan dengan setiap perbelanjaaan RM1000 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami .

Daripada senarai pembayaran kami, pilih Bayaran Ansuran , kemudian pilih Public Bank .

Masukkan butiran anda: nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh luput dan pilihan bayaran ansuran yang anda mahu.

Periksa dan sahkan butiran pembayaran anda. Klik Bayar untuk meneruskannya.

Anda akan disambung ke halaman 2C2P. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang dihantar ke telefon mudah alih anda.

Setelah bayaran dibuat, anda akan melihat halaman pengesahan yang menunjukkan status bayaran dan butiran penting lain.

Akhirnya jadual perjalanan akan di-e-mel kepada anda.

Pelan Bayaran Ansuran Bebas Faedah 0% CIMB Bank Beli penerbangan dengan lebih mudah! Dapatkan: Pelan bebas faedah 6 bulan 0% dengan setiap perbelanjaan RM500 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami . Pelan bebas faedah 12 bulan dengan setiap perbelanjaan RM1000 atau lebih di dalam satu resit di laman web kami .

Daripada senarai pembayaran kami, pilih Bayaran Ansuran dan pilih CIMB Bank .

Masukkan butiran anda: Nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh luput dan pilihan ansuran yang anda mahu.

Periksa dan sahkan butiran pembayaran anda. Klik Bayar untuk meneruskannya.

Anda akan dibawa ke halaman 2C2P. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang telah dihantar ke telefon mudah alih anda.

Sebaik sahaja anda telah membuat bayaran, anda akan melihat halaman pengesahan yang menunjukkan status bayaran dan lain-lain butiran penting.

Akhirnya, jadual perjalanan akan di-e-mel kepada anda.

Pelan Bayaran Ansuran Bebas Faedah 0% Hong Leong Bank Beli penerbangan dengan lebih mudah! Dapatkan: Pelan bebas faedah 6 bulan 0% dengan setiap perbelanjaaan RM1000 di dalam satu resit di  laman web kami . 

Daripada senarai kaedah bayaran kami, pilih Bayaran Ansuran , kemudian pilih Hong Leong Bank .

Masukkan butiran anda: Nombor kad kredit, kod keselamatan, tarikh luput dan pilihan ansuran.

Periksa dan sahkan butiran pembayaran anda. Klik Bayar untuk meneruskan langkah seterusnya.

Anda akan disambungkan ke halaman Hong Leong Bank 3D Secure. Untuk meneruskannya, masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP).

Setelah anda selesai membuat bayaran, anda akan melihat halaman pengesahan yang menunjukkan status bayaran dan lain-lain butiran penting.

Akhirnya, jadual perjalanan akan di-e-mel kepada anda.

true true true true true true true true

FPX FPX membolehkan anda membuat bayaran dalam talian dari akaun semasa atau simpanan anda, 24/7. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Kad Kredit dan Debit Visa  Mastercard  American Express  JCB  Lakukan bayaran dengan cepat dan mudah serta selamat dengan pengesahan 3D Secure. 

PayPal  Tersedia untuk transaksi dalam MYR, NZD, EUR, AUD, HKD, SGD, JPY, GBP dan USD.  

UnionPay  Tersedia untuk transaksi dalam MYR, CNY, THB, IDR, SGD, HKD, KRW, JPY, TWD, AUD, INR, GBP, EUR, NZD, BND, NPR dan USD.  

Touch 'n Go e-wallet  Hanya untuk transaksi di dalam MYR bagi penerbangan dari Malaysia.    

GrabPay  Hanya untuk transaksi dalam MYR bagi penerbangan dari Malaysia.    

Boost wallet Hanya untuk transaksi dalam MYR, bagi penerbangan dari Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Caj transaksi melangkau sempadan Bagi pembayaran kad kredit, bank pengeluar kad anda akan mengenakan caj tambahan pada transaksi melangkau sempadan (yang dibuat dalam pelbagai matawang daripada kad kredit matawang asal anda) dengan tambahan pada bayaran transaksi dalam talian. Caj ini tidak dikenakan atau dikumpul oleh Malaysia Airlines. Jika anda dikenakan caj, ianya akan dinyatakan di dalam penyata kad kredit anda yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bank pengeluar kad kredit anda.

Tempah sekarang

Lebih lagi di bahagian ini

Terokai lagi

Terokai lagi

Terokai lagi

Imej pecahan tempahan dan perkhidmatan