MHexplorer – Program Pelajar Malaysia Airlines

MHexplorer – Program Pelajar Malaysia Airlines

Nikmati diskaun penerbangan, bagasi tambahan, Enrich Points dan faedah gaya hidup dengan MHexplorer.

Melancong seperti VIP dengan MHexplorer! Malaysia Airlines membawakan anda faedah perjalanan yang menakjubkan dengan program pelancongan dan gaya hidup pelajar kami.

Traverse the world, go on adventures, experience something new.​ Taste a variety of cuisines, take those Instagram-worthy shots for your feed, and step out of your comfort zone.​ But we get it, travelling as a student can be expensive. Fret not though, MHexplorer is the answer. Now you can travel with VIP perks even as a student.​ MHexplorer is THE student travel and lifestyle programme by Malaysia Airlines for you to enjoy amazing benefits like flight discounts, extra baggage and more! Travelling is so much better when you are an MHexplorer.​ Sign up today to see the world.​  

Jelajahi dunia, mengembara, alami sesuatu yang baharu. Rasai pelbagai masakan, kongsikan pengalaman anda di media sosial. Kami faham, melancong adalah sesuatu yang mahal untuk seorang pelajar. Jangan risau, MHexplorer adalah jawapannya. Kini anda boleh melancong dengan faedah VIP walaupun anda hanya seorang pelajar. MHexplorer ialah program melancong dan gaya hidup pelajar oleh Malaysia Airlines untuk anda menikmati faedah luar biasa seperti diskaun penerbangan, bagasi tambahan dan banyak lagi! Melancong jauh lebih baik apabila anda adalah seorang MHexplorer. Daftar hari ini untuk melihat dunia.

Sebagai ahli Enrich, anda hanya beberapa langkah saja lagi untuk anda menjadi sebahagian daripada komuniti MHexplorer. Hanya gunakan butiran log masuk Enrich sedia ada anda untuk melengkapkan pendaftaran anda. Mudah sahaja.

Kenali pelan perjalanan VIP anda (faedah):

Diskaun sehingga 30% untuk penerbangan sepanjang tahun Terbang lebih banyak dengan penjimatan sehingga 30% daripada penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly..

Bagasi sehingga 45KG Dapatkan elaun bagasi tambahan untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly. Bawa semua keperluan anda bersama..

Perubahan Tarikh Percuma Satu (1) pertukaran tarikh dibenarkan.

Faedah dan Keistimewaan Enrich Peroleh mata Enrich apabila anda membeli-belah, makan dan mengembara.

Diskaun sehingga 10% untuk produk terpilih Beli-belah di kedai dalam talian Temptations dan Firefly untuk menikmati tawaran eksklusif.

Promosi Keluarga & Kawan Bawa orang tersayang bersama. Terima kod promosi 4x setiap tahun untuk menikmati tawaran istimewa penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly.

Hadiah Hari Lahir* Manjakan diri anda pada bulan hari lahir anda dengan tawaran hari jadi eksklusif daripada rakan kongsi kami.

Diskaun 20% Kargo Udara Firefly*​ Selain itu, dapatkan penghantaran anda pada hari yang sama!

*Terpakai kepada ahli yang berpangkalan di Malaysia sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Program MHexplorer terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 17 tahun dan anda perlu memberikan salinan kad pengenalan anda (untuk pelajar Malaysia) atau pasport (untuk pelajar antarabangsa). Jika anda berumur 18 hingga 26 tahun, anda perlu memberikan surat pengesahan atau kad pengenalan pelajar yang sah. Tambang MHexplorer tersedia untuk perjalanan pada semua penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, kecuali untuk penerbangan kongsi kod dan penerbangan ke/dari Jeddah dan Madinah. Sebagai ahli MHexplorer, anda akan mendapat diskaun 20% untuk Firefly Air Cargo, tetapi anda perlu menunjukkan bukti keahlian anda untuk menebusnya. Anda hanya boleh menempah tambang MHexplorer anda di www.malaysiaairlines.com/MHexplorer , dan tempahan anda akan diklasifikasikan sebagai pelajar. Kami akan memproses permohonan anda dalam masa 7 hari bekerja selepas anda mendaftar. Malaysia Airlines berhak untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan untuk program ini dan tidak tertakluk kepada rayuan atau tindakan undang-undang. Jika anda menyalahgunakan program atau melakukan penipuan, kami berhak untuk membatalkan tempahan anda atau menafikan anda daripada menaiki pesawat. Syarat dan peraturan tambang lain dikenakan.

Cara mendaftar Jika anda sudah menjadi ahli Enrich, layari malaysiaairlines.com/MHexplorer dan klik "Log masuk". Jika anda belum menjadi ahli Enrich, layari malaysiaairlines.com/MHexplorer dan klik "Daftar". Masukkan alamat emel anda dan teruskan. Anda akan menerima kod pengesahan. Masukkan kod tersebut dan klik "Pengesahan". Isikan kata laluan anda serta semua butiran wajib yang lain Muat naik dokumen sokongan anda. Anda boleh memuat naik Kad Pelajar atau salinan Kad Pengenalan (IC). Pendaftaran anda kini selesai! Kini anda hanya perlu menunggu untuk kelulusan. Ia akan mengambil masa lebih kurang 14 hari. ​ Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk individu yang layak: Warganegara Malaysia (13-17 tahun): Kad Pengenalan (IC) Warganegara Malaysia (18-26 tahun): Kad Pengenalan (IC) + Kad Pelajar Warga Asing (13-17 tahun): Pasport Warga Asing (18-26 tahun): Pasport + Kad Pelajar ​ Membuat Tempahan Untuk menikmati diskaun penerbangan sehingga 30%, sila tempah tiket anda di www.malaysiaairlines.com/MHexplorer . Jangan lupa untuk log masuk ke akaun anda bagi menikmati manfaat ini. Tambang MHexplorer tersedia untuk perjalanan keluar yang bermula dari semua penerbangan dan rangkaian yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly. Ini tidak termasuk penerbangan kod perkongsian serta penerbangan ke/dari Jeddah dan Madinah.​ Manfaat untuk Rakan dan Keluarga Kod promosi akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan dengan MHexplorer setiap suku tahun. Untuk membuat tempahan, layari laman carian penerbangan di laman web Malaysia Airlines dan masukkan kod promosi. Firefly Air Cargo​ Ahli MHexplorer perlu menunjukkan bukti keahlian kepada kakitangan Firefly untuk menikmati diskaun 20% bagi perkhidmatan Firefly Air Cargo. Sila gunakan akaun MHexplorer/Enrich sedia ada anda untuk meneruskan, jika ada. Nota: Sila tunggu sehingga 24 jam untuk pemprosesan baucar jika anda sudah melengkapkan borang. Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila hubungi [email protected] untuk bantuan lanjut.

Sila gunakan akaun MHexplorer/Enrich sedia ada anda untuk meneruskan, jika ada. Nota: Sila tunggu sehingga 24 jam untuk pemprosesan baucar jika anda sudah melengkapkan borang. Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila hubungi [email protected] untuk bantuan lanjut.

Lebih lagi di bahagian ini

Terokai lagi

Terokai lagi

Terokai lagi

Imej jubin MHexplorer dengan faedah dipaparkan di sebelah kiri dan seorang pelajar perempuan memakai topi, tersenyum dan memegang pasport dan pas masuk.