Kenali armada pesawat kami

Kenali armada pesawat kami

Banner image of Our Fleet

Banner image of Our Fleet

Kenali armada pesawat kami

Pengalaman terbang paling bermakna A350-900 kami merupakan pesawat termoden di dunia dan menawarkan standard keselesaan dengan standard terkini. Kabin serba menarik kami ini menyediakan ruang yang luas, senyap dan elegan serta suasana tenang agar perjalanan anda bermakna.

Nikmati ruang yang luas. A350-900 mempunyai ruang yang lebih luas di seluruh kelas kabin agar anda lebih bebas bergerak dan rehat dengan selesa.

Penuhi keinginan selera makan anda. Nikmati pelbagai pilihan juadah Malaysia dan luar negara.

Penuhi keinginan selera makan anda. Nikmati pelbagai pilihan juadah Malaysia dan luar negara.

Bernafas segar. Sistem penapisan udara terkini A350 memastikan anda menikmati kualiti udara yang baik dalam penerbangan kami.

Kekal berhubung. Wi-Fi Pesawat membolehkan anda kekal menguruskan urusan kerja, berhubung dengan insan tercinta dan dunia luar.

Kekal berhubung. Wi-Fi Pesawat membolehkan anda kekal menguruskan urusan kerja, berhubung dengan insan tercinta dan dunia luar.

Pilih kelas kabin. Sistem konfigurasi kabin tiga kelas kami membolehkan anda memilih tahap privasi dan kemudahan dalam pesawat: Suite Perniagaan, Kelas Perniagaan atau Ekonomi.

true true true

Imej suite perniagaan

Kelas Perniagaan

Kelas Ekonomi

Terbang dengan selesa bersama A350-900

Susunan tempat duduk 1-2-1 setiap baris kami memberikan akses terus ke laluan tengah untuk pergerakan lebih bebas. Setiap tempat duduk kami direka khas untuk menyediakan privasi dan berhampiran monumen dan pintu boleh tarik. Tempat duduk yang luas dengan pic 83 inci dan luas 23 inci. Semua tempat duduk kami boleh dilaraskan menjadi katil dengan panjang katil 83 inci. Nikmati keselesaan tempat duduk dengan kusyen pneumatic untuk keselesaan penuh mewah. Ruang rehat lounge yang selesa sepanjang penerbangan anda dengan kawalan tempat duduk kapasitif dan ruang kaki boleh laras. Nikmati hiburan dalam pesawat pada skrin individu 24 inci IFE yang dilengkapi skrin sentuh kapasitif dan kebolehan multi sentuh, handset video dan paparan skrin luas dengan Definisi Tinggi (1080p) dan lampu belakang LED. Nikmati kemudahan tambahan dengan kawalan penumpang pertama dan kedua. Setiap Suite Penumpang dilengkapi bekalan kuasa 115v AC PED dan pot USB 2.0 untuk mengecas peranti anda. Setiap tempat duduk dilengkapi meja makan agar anda boleh menjamu selera dengan selesa, serta lampu membaca, cermin muka, tempat letak konsol dan rak majalah.

Susunan tempat duduk 1-2-1 setiap baris kami memberikan akses terus ke laluan tengah untuk pergerakan lebih bebas. Terdapat 35 tempat duduk yang luas dengan pic 44 inci dan luas 22 inci untuk keselesaan anda. Semua tempat duduk kami boleh dilaraskan menjadi katil dengan panjang katil 78 inci. Nikmati keselesaan tempat duduk dengan kusyen pneumatic untuk keselesaan penuh mewah. Tempat duduk kami dilengkapi kawalan kapasitif seperti tempat letak tangan boleh lipat untuk keselesaan tambahan, dan kemudahan untuk penumpang dengan kelainan upaya. Nikmati hiburan dalam pesawat pada skrin individu 24 inci IFE yang dilengkapi skrin sentuh kapasitif dan kebolehan multi sentuh, handset video dan paparan skrin luas dengan Definisi Tinggi (1080p) dan lampu belakang LED. Kawalan penumpang pertama dan kedua disediakan untuk kemudahan anda bagi mod katil dan tempat duduk. Tempat duduk Kelas Perniagaan dilengkapi dengan bekalan kuasa 115v AC PED dan pot USB 2.0 untuk mengecas peranti anda. Nikmati penerbangan anda dengan ruang lebih luas untuk bekerja, pencahayaan yang baik, tempat letak barang dengan cermin, penyangkut pakaian, tempat letak telefon dan botol air untuk kemudahan anda.

Susunan tempat duduk 3-3-3 di dalam kelas kabin ini mempunyai 27 tempat duduk. Setiap tempat duduk mempunyai pic 36 inci dan luas 18 inci yang juga termasuk tempat sandar kepala empat cara dan boleh sandar. Tempat duduk kami dilengkapi meja makan lipat dan poket tempat duduk dan tempat letak kaki. Sebagai hiburan, kami menyediakan skrin definisi tinggi 11 inci (1080p) IFE (in-flight entertainment) yang menyokong pelbagai sentuh. Bagi memastikan peranti anda sentiasa dicaj, tempat duduk kami dilengkapi dengan bekalan kuasa 115v AC PED dan pot USB 2.0.

Susunan tempat duduk 3-3-3 di dalam kelas kabin ini mempunyai 27 tempat duduk dengan tahap boleh sandar sebanyak 6 inci. Setiap tempat duduk mempunyai pic 36 inci dan luas 18 inci yang juga termasuk dengan tempat sandar kepala empat cara dan boleh sandar. Tempat duduk kami dilengkapi meja makan "bi-folded', poket tempat duduk dan tempat letak kaki. Sebagai hiburan, kami sediakan skrin definisi tinggi 11 inci (1080p) IFE (in-flight entertainment) yang menyokong pelbagai sentuh. Bagi memastikan peranti anda sentiasa dicaj, tempat duduk kami dilengkapi dengan bekalan kuasa 115v AC PED dan pot USB 2.0.

Teroka dunia dengan A330-300

Susunan tempat duduk 1-2-1 or 2-2-1 di dalam kelas kabin kami dan mempunyai 27 tempat duduk elektrik Thomson Aero Vantage. Tempat duduk luas kami mempunyai pic 43 inci dan panjang katil 76 inci. Tempat duduk kami dilengkapi dengan meja dan lampu membaca LED. Nikmati akses mudah untuk meregangkan kaki anda kerana semua tempat duduk kami mempunyai akses terus ke ruang laluan tengah. Untuk hiburan anda, kami sediakan skrin pintar 16 inci dengan audio dan video on demand. Untuk pastikan peranti anda sentiasa dicaj, semua tempat duduk kami dilengkapi dengan AC power dan pot USB tersendiri. Bagi penumpang kelainan upaya, tempat letak lengan kami mempunyai ciri laras manual.

Susunan tempat duduk 2-4-2 di dalam kelas kabin ini mempunyai 263 tempat duduk Weber 5751. Sebanyak 16 tempat duduk mempunyai tempat letak kaki tambahan dengan pic 36 inci manakala 263 tempat duduk lain mempunyai pic 32 inci. Untuk keselesaan anda, semua tempat duduk kami mempunyai tempat sandar kepala empat cara dan boleh kehadapan Untuk hiburan anda, kami sediakan skrin pintar 9 inci dengan audio dan video on demand. Bagi memastikan peranti anda sentiasa dicaj, tempat duduk kami dilengkapi dengan bekalan kuasa 115v AC Power dan pot USB.

A330-200

Susunan tempat duduk 1-2-1 di dalam kelas kabin ini mempunyai 19 tempat duduk elektrik.  Tempat duduk luas dan menghadap ke hadapan kami mempunyai pic 45 inci dengan katil sepanjang 80 inci.  Ukur lilit tali pinggang keselamatan kami adalah 61 inci, namun ada sesetengah pesawat turut mempunyai tali pinggang tambahan.  Semua tempat duduk dilengkapi dengan meja dan lampu membaca LED.  Semua tempat duduk mempunyai akses terus ke laluan tengah agar anda boleh meregangkan kaki.  Untuk hiburan anda, kami menyediakan skrin pintar 16 inci dan dilengkapi audio dan video on demand.  Untuk memastikan peranti anda sentiasa dicaj, semua tempat duduk anda dilengkapi bekalan kuasa AC dan pot USB di setiap tempat duduk.  Untuk penumpang kelainan upaya, tempat letak lengan kami dilengkapi ciri boleh laras manual.

Susunan tempat duduk 2-4-2 di dalam kelas kabin ini mempunyai 268 tempat duduk dengan tempat letak kepala empat cara. Sebanyak 42 – 46 tempat letak duduk mempunyai ruang kaki tambahan dengan pic 36 inci sementara 222-226 tempat duduk lain mempunyai pic 30 inci. Untuk hiburan anda, kami menyediakan skrin pintar 10 inci dan dilengkapi audio dan video on demand. Untuk memastikan peranti anda sentiasa dicaj, semua tempat duduk anda dilengkapi bekalan kuasa 115v AC dan pot USB di setiap tempat duduk.

Our refreshed B737-800 NG cabins: a delight for your senses We are thrilled to roll out our newly refurbished B737-800 NG cabins for your enjoyment. Designed with your feedback in mind, it promises to deliver better comfort and convenience with a distinctive Malaysian touch. There will never be a dull moment on board with MHstudio, our next-generation in-flight entertainment system with its extensive selection of award-winning movies, TV series and music – as well as in-flight shopping. Enjoy this entertainment in plush leather-upholstered seats created by multi-award-winning French firm Safran. Slimmer and lighter, these seats give you extra roominess without sacrificing any comfort. Possibly the most visually distinctive upgrade is the slick new look of the cabin. It features Malaysia Airlines’ characteristic, eye-pleasing blue adorned with batik motifs that celebrate the beauty of this iconic Malaysian art form.     We look forward to welcoming you into our new B737-800 NG cabins – and taking your flight experience to the next level. 

Kabin terbaharu B737-800 NG kami, membangkitkan deria anda

true true true true

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput anda bersama-sama menikmati keistimewaan kabin B737-800 NG. Dengan mengutamakan keperluan anda, kabin terbaharu ini menyediakan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik selari dengan sentuhan Malaysia.

Bagi memastikan penerbangan anda sentiasa terisi, MHstudio, sistem hiburan dalam pesawat terkini kami mempunyai pelbagai pilihan filem, siri TV dan muzik serta pengalaman membeli-belah dalam pesawat untuk anda nikmati.

Nikmatilah hiburan penuh selesa dari tempat duduk kulit yang dicipta oleh firma Perancis, Safra yang pernah memenangi beberapa anugerah. Lebih nipis dan ringan, tempat duduk ini memberikan ruang lebih luas tanpa mengurangkan kualiti keselesaan.

Antara yang dinaik taraf paling ketara adalah wajah baharu kabin kami. Dengan menerapkan ciri-ciri Malaysia Airlines iaitu motif batik berwarna biru dan meraikan seni budaya ikonik Malaysia.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke kabin B737-800 NG dan nikmatilah pengalaman penerbangan bersama kami.

B737-800 NG video

Lihat kabin B737-800 NG. Teroka ciri-ciri terkini di dalam rekaan kabin terbaharu kami. Lebih kemas dan bergaya untuk keselesaan anda.

MHstudio – Hiburan tanpa wayar dalam pesawat. MHstudio menghubungkan anda dengan Wi-Fi dalam pesawat kami untuk akses segera ke pelbagai pilihan filem, rancangan TV, podcast, muzik, buku, dan pelbagai lagi. Saksikan hiburan-hiburan ini melalui interface mesra pengguna dari peranti anda. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan pot pengecas untuk memastikan anda menikmati hiburan tanpa henti dan peranti yang setiap bercaj apabila selamat mendarat.

Tempat duduk ringan dan selesa. Dalam Kelas Perniagaan dan Ekonomi, kami telah memasang tempat duduk yang lebih ringan dan nipis untuk keselesaan anda. Ini membolehkan anda menikmati ruang yang lebih luas tanpa mengurangkan kualiti keselesaan dan fungsi tempat duduk tersebut.

Tempat duduk ringan dan selesa. Dalam Kelas Perniagaan dan Ekonomi, kami telah memasang tempat duduk yang lebih ringan dan nipis untuk keselesaan anda. Ini membolehkan anda menikmati ruang yang lebih luas tanpa mengurangkan kualiti keselesaan dan fungsi tempat duduk tersebut.

Penerbangan lebih lestari. Dalam rekaan terbaharu kabin B737-800 NG, kami turut mengambil inisiatif untuk menyediakan lebih ciri-ciri bersifat lestari bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar dalam setiap penerbangan kami. Antaranya, kami menggunakan sistem hiburan dalam pesawat tanpa wayar, sekali gus mengurangkan berat dengan tidak lagi menggunakan skrin di belakang tempat duduk serta tempat duduk yang lebih ringan dan nipis. Kami juga menggunakan bahan yang lebih nipis, sebagai contoh, pembahagi kabin – dari pembahagi keras ke pembahagi lembut. Terkini, kami berjaya mengurangkan berat pesawat sebanyak 679 kilogram. Ini turut mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 91,029 liter bagi setiap pesawt setiap tahun. Semestinya ini satu langkah positif ke arah masa depan yang lebih lestari demi kepentingan industri penerbangan dan planet kita.

Susunan tempat duduk 2-2 di dalam kelas perniagaan ini mempunyai 127 tempat duduk ergonomik menggunakan kulit asli. Setiap tempat duduk mempunyai pic 39 inci dan termasuklah tempat letak kepala boleh laras empat cara, tempat simpan barang tersendiri dan penyangkut pakaian. Setiap tempat duduk dilengkapi meja boleh lipat dan tempat rehat kaki. Untuk memastikan peranti anda sentiasa dicaj, semua tempat duduk anda dilengkapi bekalan kuasa 115v AC PED (Peranti Elektronik Tersendiri serta pot USB A dan C.

Susunan tempat duduk 3-3 di dalam kelas perniagaan ini mempunyai 162 tempat duduk ergonomik menggunakan kulit asli. Setiap tempat duduk mempunyai pic 30 inci dan termasuklah tempat simpan barang tersendiri dan poket letak majalah. Untuk memastikan peranti anda sentiasa dicaj, semua tempat duduk anda dilengkapi bekalan kuasa 115v AC PED (Peranti Elektronik Tersendiri) serta pot USB A dan C.

Nikmati penerbangan selesa bersama Boeing B737-800

Susunan tempat duduk 2-2 di dalam kelas perniagaan ini mempunyai 16 tempat duduk selesa menggunakan kulit lembu asli Setiap tempat duduk mempunyai pic 42 inci dan ruang sandar yang luas serta ruang letak kaki tambahan dengan bar kaki untuk lebih keselesaan. Untuk memastikan peranti anda sentiasa dicaj, semua tempat duduk anda dilengkapi bekalan kuasa AC tersendiri.

Susunan tempat duduk 3-3 di dalam kelas kabin ini mempunyai 144 tempat duduk ringan, menggunakan kulit lembu asli dan mempunyai pic 30 inci bagai setiap tempat duduk Untuk hiburan anda, kami menyediakan skrin luas LCD 9 inci dengan IFE (sistem hiburan dalam pesawat) Untuk memastikan peranti anda sentiasa dicaj, semua tempat duduk anda dilengkapi bekalan kuasa AC PED (Peranti Elektronik Tersendiri)

Lebih lagi Malaysian Hospitality

Terokai lagi

Terokai lagi

Terokai lagi

Tile image of Our Fleet