oneworld
oneworld
Imej sepanduk oneworld
Imej sepanduk oneworld
oneworld
Berhubung Kami bangga menjadi sebahagian daripada pakatan oneworld , rangkaian penerbangan global meliputi 900 destinasi di 170 wilayah. Bersama rakan kongsi kami, anda boleh melancong ke mana sahaja, dengan perkhidmatan bermutu tinggi. Terbang bersama oneworld, dan nikmati pelbagai keistimewaan dan faedah melancong — termasuk peluang untuk memperolehi dan menebus ganjaran perjalanan dari semua rakan kongsi oneworld. Sebagai pelancong oneworld, anda boleh menikmati keistimewaan di kira-kira 620 ruang istirahat premium di lapangan terbang seluruh dunia.

Syarikat penerbangan ahli oneworld:
Alaska Airlines Alaska Airlines bersama rakan kongsi serantau terbang ke lebih daripada 120 destinasi termasuklah AS, Mexico, Kanada, Costa Rica, dan Belize. Perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia, tambang kos efektif dan keprihatinan pada alam semula jadi, segalanya menjadikan ia penerbangan yang menakjubkan.
Ketahui lebih lanjut tentang Alaska Airlines
American Airlines Antara ahli pengasas oneworld ialah American Airlines. Melalui gabungan US Airways dengan ahli-ahlinya, American Airlines kini beroperasi di lebih 330 destinasi merangkumi 50 negara. Penerbangannya melalui hab utama di AS, termasuk Charlotte, Chicago, Dallas/Fort Worth, Miami, New York, Philadelphia, Phoenix dan Washington D.C.
Ketahui lebih lanjut tentang American Airlines

British Airways British Airways antara ahli pengasas pakatan oneworld. Syarikat penerbangan bermutu tinggi ini beroperasi di lebih 170 destinasi melalui 80 buah negara menjangkau Europah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia, Afrika dan Australia.
Ketahui lebih lanjut tentang British Airways
Cathay Pacific Ditubuhkan pada tahun 1946, Cathay Pacific Airways merupakan syarikat penerbangan nasional Hong Kong. Ia juga merupakan ahli pengasas pakatan oneworld dan beroperasi di 80 destinasi dalam 30 buah negara di Asia, Pasifik, Europah, Amerika Utara, Timur Tengah, dan Afrika.
Ketahui lebih lanjut tentang Cathay Pacific

Finnair Ditubuhkan pada 1923, Finnair merupakan syarikat penerbangan nasional Finland. Ia menyertai pakatan oneworld pada 1999. Finnair melakukan penerbangan ke 65 destinasi di 30 buah negara. Ini termasuklah penerbangan jangka panjang antarabangsa dari dan ke Asia. Hab Helsinki ditempatkan sebagai laluan Timur Jauh dan Eropah.
Ketahui lebih lanjut tentang Finnair
Iberia Iberia merupakan antara ahli pakatan oneworld. Diasaskan pada 1927, ia adalah syarikat penerbangan utama Sepanyol, yang berpangkalan di Madrid dengan liputan meluas di Amerika Latin dan Eropah. Selepas penggabungan dengan British Airways pada tahun 2010, ia menjadi syarikat penerbangan komersial ketiga terbesar di dunia. Selain itu, ia juga mempunyai kepakaran dalam penyelenggaraan pesawat, perkhidmatan pengendalian lapangan terbang dan kargo.
Ketahui lebih lanjut tentang Iberia

Japan Airlines Ditubuhkan pada 1951, Japan Airlines adalah syarikat penerbangan perdana yang menjalankan 900 penerbangan ke 70 destinasi di 20 buah negara. Ia menyertai pakatan oneworld pada 2007. Hab utama syarikat penerbangan ini ialah di Tokyo, Osaka, Nagoya dan Okinawa.
Ketahui lebih lanjut tentang Japan Airlines
Malaysia Airlines Malaysia Airlines merupakan antara syarikat penerbangan 5 bintang di dunia yang dinilai oleh Skytrax. Malaysia Airlines menyertai pakatan oneworld pada tahun 2013. Dengan Anugerah Kru Kabin Terbaik Dunia, Malaysia Airlines menghubungkan lebih daripada 60 destinasi menjangkau Asia, Australia, Europah, Timur Tengah, dan Amerika Utara, melalui hab operasi di Kuala Lumpur.
Ketahui lebih lanjut tentang Malaysia Airlines

Qantas Antara yang paling dikenali, Qantas adalah antara ahli pengasas pakatan oneworld. Ia menyediakan penerbangan ke 80 destinasi di 20 buah negara. Satu-satunya syarikat penerbangan Australia dalam rangkaian global syarikat penerbangan yang menyediakan pelbagai rangkaian domestik dalam Australia. Ia juga menyediakan penerbangan ke Asia, Pasifik Selatan, Europah, Amerika Utara dan Selatan, serta Afrika.
Ketahui lebih lanjut tentang Qantas
Qatar Airways Qatar Airways, syarikat penerbangan yang berkembang pesat dan menerima penilaian yang tinggi, menyertai pakatan oneworld pada tahun 2013. Ia memiliki 130 buah pesawat dan berkhidmat ke lebih daripada 130 destinasi perniagaan dan pelancongan seluruh dunia. Ia telah dinamakan sebagai Airline of the Year oleh Skytrax pada tahun 2011 dan 2012, dan menjadi naib juara pada tahun 2013. Qatar Airways juga merupakan Syarikat Penerbangan terbaik Timur Tengah selama 7 tahun berturut-turut, dan diiktiraf oleh Skytrax. Ia turut memenangi anugerah 5 bintang Skytrax sejak tahun 2004.
Ketahui lebih lanjut tentang Qatar Airways

Royal Air Maroc Dikenali sebagai RAM, Royal Air Maroc menyertai oneworld pada tahun 2020. Syarikat penerbangan ini ditubuhkan melalui penggabungan Air Maroc dan Air Atlas. Hab utamanya terletak di Casablanca, Maghribi, Royal Air Maroc menyediakan penerbangan ke 80 destinasi menjangkau Maghribi, Eropah, Timur Tengah, Amerika dan Afrika.
Ketahui lebih lanjut tentang Royal Air Maroc
Royal Jordanian Royal Jordanian ialah syarikat penerbangan kebangsaan Kingdom of Jordan. Ia menyertai pakatan oneworld pada 2007 dan menyediakan penerbangan ke 60 destinasi di 40 buah negara Timur Tengah. Ia turut mempunyai rangkaian ke Eropah, Asia, Afrika, dan Amerika Utara.
Ketahui lebih lanjut tentang Royal Jordanian

SriLankan Airlines SriLankan Airlines menyertai oneworld pada 2014. Ia merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Sri Lanka dan terbesar di Maldives. Kini, ia memiliki sebanyak 20 pesawat dan mempunyai perancangan untuk berkembang lebih pesat lagi.
Ketahui lebih lanjut tentang SriLankan Airlines
Nikmati kelebihan pakatan oneworld. Sebagai penumpang aktif oneworld, anda menjadi keutamaan di kalangan semua rakan penerbangan oneworld. Melanconglah dengan oneworld dan nikmati faedah-faedah eksklusif.
Akses kepada tempat duduk pilihan atau pra-tempah adalah mengikut dasar syarikat penerbangan ahli oneworld masing-masing yang mengendalikan penerbangan anda. Meja daftar masuk dan ruang istirahat kelas Pertama dan Perniagaan mungkin tidak tersedia di semua lapangan terbang. Laluan pantas mungkin tidak tersedia di semua lapangan terbang. Faedah oneworld hanya tersedia untuk penumpang dalam penerbangan berjadual yang dipasarkan dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan ahli oneworld (dipasarkan bermakna harus ada nombor penerbangan syarikat penerbangan ahli oneworld pada tiket anda). American Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, Royal Air Maroc, Malaysia Airlines, Qantas, Qatar Airways, Royal Jordanian, SriLankan Airlines dan oneworld adalah tanda dagangan syarikat masing-masing. Beberapa had dan pengecualian mungkin dikenakan. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.oneworld.com/travel-benefits . Untuk butiran lanjut tentang Faedah Ahli oneworld, sila klik di sini .
Jika anda seorang pengembara yang diutamakan di oneworld dan termasuk dalam kategori Emerald atau Sapphire; atau perjalanan dalam kabin Kelas Pertama atau Perniagaan dengan mana-mana syarikat penerbangan ahli oneworld; anda akan dapat mengakses sehingga 620 ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia. Selesaikan kerja, kekal berhubung atau berehat sahaja dalam suasana yang elegan dan selesa sebelum berlepas. Nota: Untuk layak, anda hendaklah berlepas dengan syarikat penerbangan yang dipasarkan dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan ahli oneworld. Sesetengah ruang istirahat mungkin menjadi sibuk pada waktu puncak, dan menyebabkan akses kepada ruang tersebut menjadi terhad. Pihak ketiga yang tidak bersekutu boleh mengendalikan beberapa ruang istirahat bagi pihak syarikat penerbangan individu. Akses kepada beberapa ruang istirahat yang dikendalikan oleh pihak ketiga bagi pihak syarikat. penerbangan ahli oneworld mungkin dihadkan pada masa-masa tertentu. Tidak termasuk ruang istirahat ketibaan. Tidak termasuk spa dan kemudahan menjamu selera sebelum penerbangan. Tidak termasuk ruang istirahat British Airways Concorde. Kami menawarkan akses kepada lebih daripada 620 ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia: Pilih salah satu di destinasi anda yang seterusnya
Nikmati akses eksklusif ke ruang istirahat lapangan terbang premium di seluruh dunia. Ahli oneworld Emerald atau Sapphire akan dapat mengakses ke mana-mana ruang istirahat yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat penerbangan oneworld apabila berlepas dengan mana-mana penerbangan yang dipasarkan dan dikendalikan oleh mana-mana syarikat penerbangan ahli oneworld, tanpa mengira kelas kabin mereka. Ahli kategori Enrich Platinum (oneworld Emerald) boleh menggunakan ruang istirahat Kelas Pertama, Kelas Perniagaan atau penumpang aktif. Ahli kategori Enrich Gold (oneworld Sapphire) dialu-alukan di Kelas Perniagaan* atau ruang istirahat penumpang aktif. *Tidak termasuk Ruang Istirahat Kelas Perniagaan Domestik Qantas. Ahli Emerald dan Sapphire boleh menjemput seorang tetamu untuk menyertai mereka di ruang istirahat. Tetamu juga hendaklah mengembara dengan penerbangan yang dikendalikan dan dipasarkan oleh syarikat penerbangan ahli oneworld. Untuk mengakses ke ruang istirahat, anda hendaklah menunjukkan pas naik dan kad keahlian penumpang aktif anda yang memaparkan status peringkat Oneworld Emerald atau Sapphire anda. Pengecualian berikut dikenakan: American Airlines dan Qantas menawarkan program yang membolehkan pelanggan membayar untuk mendapatkan akses kepada ruang istirahat mereka. Program ini bukanlah sebahagian daripada perjanjian oneworld dan ahli program ini tidak berhak untuk mengakses ruang istirahat di bawah perjanjian oneworld. Ahli American Airlines AAdvantage®, tanpa mengira status kategori atau kelas perjalanan mereka, tidak boleh mengakses ruang istirahat American Airlines apabila mengembara dengan penerbangan Amerika Utara dalam atau antara A.S., Kanada, Mexico (kecuali Mexico City), Bahamas, Bermuda dan Caribbean. Untuk maklumat lanjut, layari American Airlines . Ahli Penumpang Aktif Gold Qantas, tanpa mengira status kategori oneworld mereka, tidak boleh mengakses Ruang Istirahat Perniagaan Domestik Qantas. Akses kepada Ruang Istirahat Golden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tidak tersedia untuk pemegang kad Emerald dan Sapphire.
Nikmati dunia penuh keistimewaan dan akses yang lebih luas. Apabila anda menaiki Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dengan mana-mana syarikat penerbangan ahli oneworld, anda akan dapat menggunakan lebih banyak ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia untuk keselesaan dan kemudahan anda. Penumpang Kelas Pertama atau Perniagaan boleh memasuki ruang istirahat dengan kelas yang setara tanpa mengira status penumpang aktif mereka. Penumpang Kelas Pertama boleh menggunakan ruang istirahat Kelas Perniagaan atau penumpang aktif jika ruang istirahat Kelas Pertama tidak tersedia. Penumpang Kelas Pertama boleh menjemput seorang tetamu untuk menyertai mereka di ruang istirahat. Tetamu juga hendaklah mengembara dengan syarikat penerbangan yang dikendali dan dipasarkan oleh syarikat penerbangan ahli oneworld. Menghubungkan antara penerbangan yang dipasarkan dan dikendalikan oneworld: Pelanggan Kelas Pertama dan Perniagaan yang menyambung perjalanan pada hari perjalanan yang sama, atau sebelum 6 pagi keesokan harinya, boleh mengakses ruang istirahat apabila mengembara antara perjalanan jarak jauh antarabangsa* dan penerbangan jarak dekat antarabangsa atau domestik – dan sebaliknya. (*Penerbangan jarak jauh antarabangsa oneworld ditakrifkan sebagai penerbangan antarabangsa yang dipasar dan dikendalikan oleh mana-mana syarikat penerbangan oneworld dengan masa penerbangan berjadual lebih daripada 5 jam.) Akses ruang istirahat akan ditentukan pada penerbangan bertiket jarak jauh antarabangsa (sama ada Kelas Pertama atau Perniagaan) tanpa mengira kelas perjalanan bertiket dalam penerbangan jarak dekat antarabangsa atau domestik. Sila bersedia untuk menunjukkan pas masuk atau jadual perjalanan yang menunjukkan anda terbang dalam Kelas Pertama atau Perniagaan pada penerbangan jarak jauh antarabangsa, untuk mengakses ruang istirahat sebelum penerbangan jarak dekat antarabangsa atau domestik anda. Pengecualian berikut dikenakan: Pelanggan Kelas Pertama dan Perniagaan yang tidak memegang status kategori Emerald atau Sapphire tidak layak untuk mengakses ruang istirahat American Airlines apabila mengembara dengan penerbangan domestik semata-mata dalam A.S. atau antara A.S. dan Kanada, Mexico (kecuali Mexico City), Bahamas, Bermuda dan Caribbean – selain daripada pengecualian yang dinyatakan di bawah. Pelanggan yang melakukan perjalanan dalam Kelas Pertama atau Perniagaan dengan penerbangan rentas benua A.S. antara JFK-LAX, JFK-SFO dan MIA-LAX (dan sebaliknya) layak mendapat akses kepada ruang istirahat.
Kami tahu masa anda sangat berharga dan kami ingin menjadikan perjalanan anda tenang sepenuhnya. Di lapangan terbang terpilih, kami menawarkan faedah "Laluan Pantas" atau "Lorong Keutamaan" semasa pemeriksaan keselamatan lapangan terbang agar anda boleh menikmati akses cepat dan mudah kepada lebih 620 ruang istirahat oneworld. Perkhidmatan ini tersedia untuk penumpang aktif oneworld Emerald (termasuk ahli), tanpa mengira kelas kabin anda. Sila maklum bahawa disebabkan sekatan atau perjanjian tempatan dengan pengendali kemudahan Laluan Pantas Keselamatan, tidak semua pesawat oneworld pada masa ini dapat memanjangkan faedah ini kepada semua pengembara peringkat Emerald.
Dapatkan bantuan yang anda perlukan untuk perjalanan yang lancar.
Sambungan antara syarikat penerbangan di lapangan terbang yang tidak dikenali boleh memberikan tekanan, terutamanya jika penerbangan anda ditangguhkan. Malaysia Airlines dan Pakatan oneworld memahami kesan penangguhan dan terlepas sambungan yang boleh berlaku dan pastinya menjejaskan rancangan anda. Faktor ini menyebabkan kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan ahli oneworld lain untuk membentuk pasukan pakar sambungan: Sokongan Global oneworld . Di lapangan terbang terpilih di seluruh rangkaian kami, pasukan yang bertugas memantau penerbangan sambungan secara proaktif. Sekiranya boleh, mereka akan bertemu dan membantu anda secara peribadi apabila berlaku sebarang masalah sambungan. Pasukan Sokongan Global oneworld bekerja dengan cekap untuk memudahkan penggunaan laluan pantas khusus melalui imigresen atau kawalan keselamatan bagi membantu anda transit dengan cepat. Ia juga berfungsi untuk memudahkan pemindahan bagasi di destinasi akhir anda dengan lancar. Jika anda terlepas penerbangan sambungan anda, pasukan Sokongan Global oneworld akan memberikan anda maklumat perjalanan yang dikemas kini, pas naik baharu dan, jika perlu, bantuan penginapan untuk satu malam. Sokongan Global oneworld kini tersedia di London Heathrow, Madrid-Barajas, New York JFK, Miami, Dallas/Fort Worth, Chicago O'Hare, Los Angeles, Tokyo Narita dan Hong Kong. Perkhidmatan ini ditawarkan di lapangan terbang yang dinyatakan di atas dan mungkin tertakluk kepada kekangan operasi.

Matlamat kami ialah untuk memberikan anda perkhidmatan, sokongan dan penjagaan yang tiada tandingan setiap kali anda melakukan perjalanan dalam rangkaian Pakatan Oneworld kami yang luas. Kami akan memberikan sebarang bantuan dalam bidang kuasa kami untuk membolehkan anda menikmati pengalaman perjalanan yang lancar apabila anda mengembara dengan mana-mana syarikat penerbangan ahli oneworld – termasuk mempercepatkan proses daftar masuk anda, membimbing anda ke ruang istirahat yang betul dan memastikan bagasi anda dihantar dengan betul ke destinasi anda. Kaunter pemindahan dan meja perkhidmatan oneworld terletak di lapangan terbang utama di seluruh dunia. Cari saja logo oneworld yang ditandakan dengan jelas dan yakinlah bahawa anda berada di berikan perkhidmatan yang selamat, mahir dan prihatin.
Cari lokasi semua meja perkhidmatan oneworld, kaunter pemindahan dan zon pengangkutan darat di lapangan terbang di seluruh Pakatan Oneworld dengan alat Carian Ruang Istirahat kami.
Find the locations of all oneworld service desks, transfer counters, and ground transport zones at airports across the oneworld Alliance with our Lounge Search tool .
Tiket Mengelilingi Dunia: Penerbangan berbilang bandar dengan Pakatan oneworld Merangkumi sehingga 900 destinasi merentasi 170 wilayah, tiket Pakatan Mengelilingi Dunia Oneworld memudahkan anda meneroka berbilang lokasi dengan hanya satu tambang. Choose between 3 Round the World journeys: Pengembara oneworld – bayaran berdasarkan wilayah langsung. Pengembara Global – tambang berdasarkan jarak yang lebih fleksibel. Pengembara Pacific Explorer – tambang berbilang benua.
Tiket Mengelilingi Dunia: Penerbangan berbilang bandar dengan Pakatan oneworld. Merangkumi sehingga 900 destinasi merentasi 170 wilayah, tiket Pakatan Mengelilingi Dunia Oneworld memudahkan anda meneroka berbilang lokasi dengan hanya satu tambang. Choose between 3 Round the World journeys: Pengembara oneworld – bayaran berdasarkan wilayah langsung. Pengembara Global – tambang berdasarkan jarak yang lebih fleksibel. Pengembara Pacific Explorer – tambang berbilang benua.
Mewakili pilihan, kemudahan dan nilai yang luar biasa, tambang Pengembara oneworld anda adalah berdasarkan bilangan benua oneworld yang anda pilih untuk kunjungi atau lalui: Eropah/Timur Tengah, yang merangkumi Algeria, Armenia, Azerbaijan, Mesir, Georgia, Libya, Moldova, Maghribi Sudan, Tunisia dan Yaman. Afrika, tidak termasuk negara yang disenaraikan di atas. Asia, yang merangkumi benua kecil India, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan, tetapi tidak termasuk negara yang dinamakan di atas. Australia, New Zealand dan Pasifik Barat Daya. Amerika Utara, yang merangkumi Caribbean, Amerika Tengah dan Panama. Amerika Selatan.
Ketahui lebih lanjut tentang Pengembara oneworld
Anda hendaklah mengembara ke sekurang-kurangnya 3 benua oneworld, ke arah barat atau timur secara berterusan. Anda hanya perlu menyeberangi Lautan Atlantik & Pasifik sekali sahaja. Perjalanan anda boleh bermula dari mana-mana tempat di mana tambang dikeluarkan dan mesti berakhir di tempat yang sama.
Menawarkan fleksibiliti yang lebih besar, tambang Pengembara Global kami adalah berdasarkan jumlah jarak yang anda tempuh sepanjang perjalanan anda. Tambang ini juga memberikan anda akses kepada senarai luas syarikat penerbangan di luar Pakatan Oneworld – termasuk Aer Lingus, LATAM dan pelbagai lagi. Sama seperti Pengembara oneworld Explorer, tambang ini meliputi: Eropah/Timur Tengah, yang merangkumi Algeria, Armenia, Azerbaijan, Mesir, Georgia, Libya, Moldova, Maghribi, Sudan, Tunisia dan Yaman. Afrika, tidak termasuk negara yang disenaraikan di atas. Asia, yang merangkumi benua kecil India, Kazakhstan, Kyrgyzstan, bahagian Rusia yang terletak di timur Ural, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan, tetapi tidak termasuk negara yang dinamakan di atas. Australia, New Zealand dan Pasifik Barat Daya. Amerika Utara, yang merangkumi Caribbean, Amerika Tengah dan Panama. Amerika Selatan.
Ketahui lebih lanjut tentang Pengembara Global
Menawarkan fleksibiliti yang lebih besar, tambang Pengembara Gobal kami adalah berdasarkan jumlah jarak yang anda tempuh sepanjang perjalanan anda. Tambang ini juga memberikan anda akses kepada senarai luas syarikat penerbangan di luar Pakatan Oneworld – termasuk Aer Lingus, LATAM dan pelbagai lagi. Sama seperti Pengembara oneworld Explorer, tambang ini meliputi: Eropah/Timur Tengah, yang merangkumi Algeria, Armenia, Azerbaijan, Mesir, Georgia, Libya, Moldova, Maghribi, Sudan, Tunisia dan Yaman. Afrika, tidak termasuk negara yang disenaraikan di atas. Asia, yang merangkumi benua kecil India, Kazakhstan, Kyrgyzstan, bahagian Rusia yang terletak di timur Ural, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan, tetapi tidak termasuk negara yang dinamakan di atas. Australia, New Zealand dan Pasifik Barat Daya. Amerika Utara, yang merangkumi Caribbean, Amerika Tengah dan Panama. Amerika Selatan.
Ketahui lebih lanjut tentang Pengembara Global
Anda hendaklah mengembara ke arah barat atau timur, benua ke benua secara berterusan. Anda hanya perlu menyeberangi Lautan Atlantik & Pasifik sekali sahaja. Perjalanan anda boleh bermula dari mana-mana tempat yang tambangnya dikeluarkan dan mesti berakhir di tempat yang sama.
oneworld Circle Pacific Explorer sesuai untuk anda jika anda ingin mengunjungi beberapa benua di sekitar Lautan Pasifik. Tambang ini menawarkan anda fleksibiliti, kemudahan dan nilai yang luar biasa untuk pengembaraan anda di wilayah berikut: Asia, termasuk benua kecil India. Kazakhstan. Kyrgyzstan. Tajikistan. Turkmenistan. Uzbekistan. Australia, New Zealand dan Pasifik Barat Daya. Amerika Utara.
Ketahui lebih lanjut tentang Pengembara Circle Pacific
Perjalanan anda boleh bermula dari mana-mana tempat yang tambangnya dikeluarkan dan mesti berakhir di tempat yang sama.
Lebih lagi di bahagian ini
Terokai lagi
Terokai lagi
Terokai lagi
Imej oneworld