Malaysian Hospitality

Malaysian Hospitality

Gambar banner untuk Malaysian Hospitality

Gambar banner untuk Malaysian Hospitality

Malaysian Hospitality

Malaysian Hospitality Merupakan sebuah nama yang kami beri kepada perkhidmatan bertaraf dunia kami. Bukan sekadar nama, ia turut menggambarkan kemesraan rakyat Malaysia serta keindahan karakter dan budaya negara kita. Malaysian Hospitality: Mentakrifkan siapa kami sebagai sebuah penerbangan serta negara. Bagi memberikan anda kefahaman lebih lanjut, nikmatilah tiga filem daripada kami tentang Malaysian Hospitality. ​

This is Malaysian Hospitality. 'This is Malaysian Hospitality' menceritakan bagaimana Malaysian Hospitality mentakrifkan kami lebih daripada sekadar syarikat penerbangan, tetapi sebagai sebuah negara. Bagaimana Malaysian Hospitality ini adalah sebahagian daripada kami dan berasal dari warisan dan tradisi Malaysia. Dari sini, kami membawa semangat waja negara dalam apa saja yang kami lakukan. Semuanya secara semula jadi dan tanpa dipaksa. Inilah inspirasi kami untuk terus memberikan layanan mesra ini kepada semua penumpang kami serta generasi akan datang dan kerana inilah kami berbangga menjadi rakyat Malaysia.

We call it Malaysian Hospitality. Pada Mei 2019, kami telah melancarkan 'We call it Malaysian Hospitality' , sebuah filem yang menceritakan bagaimana kami melayan setiap penumpang dengan layanan Malaysian Hospitality dan bagaimana ia dikembangkan lagi. Sesuatu yang sentiasa menjadi tunggak utama kami; asal usul kami, adat resam, warisan dan tradisi, serta perjalanan dan pilihan yang kami tentukan.

Malaysian Hospitality begins with us. 'Malaysian Hospitality Begins with Us' dilancarkan bagi menyemarakkan kembali janji Malaysian Hospitality kami. Dilancarkan pada Mei 2018, ia menceritakan mengenai pengalaman pertama kakitangan Malaysian Hospitality saat mereka melangkah ke dalam pesawat kami. Ia menceritakan bagaimana kami membawa warisan Malaysia ke persada dunia dan bagaimana kami menzahirkannya melalui layanan mesra kami kepada semua penumpang. Ia juga mengenai bagaimana dengan satu kepercayaan mampu mentakrifkan siapa kami, bukan sekadar sebagai syarikat penerbangan tetapi sebagai rakyat Malaysia dan bagaimana layanan kami seharusnya diberikan kepada semua pelanggan dengan semesranya.

Golden Lounge Dipilih secara terperinci dan mewah, Golden Lounge kami direka untuk membantu anda berehat, segar semula dan kekal berhubung sebelum penerbangan anda. Alamilah kemudahan istimewa, hidangan lazat, dan layanan mesra Malaysian Hospitality sebelum anda memulakan penerbangan anda.

Ketahui lanjut

MHexplorer – Memberi sayap kepada pelajar untuk terbang tinggi lagi MHexplorer merupakan program kami bagi memudahkan (serta lebih mampu milik) bagi para pelajar untuk terbang menerokai dunia dan menambahkan ilmu pengetahuan untuk pencapaian individu mereka.

Ketahui lanjut

MHexplorer – Memberikan sayap kepada pelajar untuk terbang tinggi lagi MHexplorer merupakan program kami bagi memudahkan (serta lebih mampu milik) bagi para pelajar untuk terbang menerokai dunia dan menambahkan ilmu pengetahuan untuk pencapaian individu mereka.

Terokai Lagi

Lebih lagi di bahagian ini

Terokai lagi

Terokai lagi

Terokai lagi

Gambar Malaysian Hospitality