Wi-Fi

Wi-Fi

Imej sepanduk Wi-Fi

Imej sepanduk Wi-Fi

Wi-Fi dalam pesawat

Kekal berhubung dengan MHconnect

MHconnect memastikan anda kekal berhubung dengan perniagaan dan insan tersayang melalui telefon bimbit anda, walaupun anda sedang dalam penerbangan.

true true true

Urusan kerja kekal lancar. Pastikan anda kekal berhubung dengan e-mel, mesej dan kolaborasi kerja agar produktiviti anda kekal lancar dan tidak terganggu. 

Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.  Berbual dengan mereka yang tersayang atau rancang pelan anda setibanya di destinasi. 

Kongsikan pendapat anda pada waktu sebenar.  Kongsi gambar selfie anda, guna laman web, atau kongsi pengalaman anda terus ketika penerbangan. 

Pilih pelan data Wi-Fi anda. Penumpang Suite Perniagaan, Kelas Perniagaan, dan Kelas Ekonomi boleh membeli mana-mana pakej MHconnect ini semasa dalam penerbangan menggunakan wang tunai atau kad kredit.

Lite Hantar dan terima mesej segera dengan 10MB data pada hanya USD 2. Mesej suara atau video tidak disyorkan.

Sosial Gunakan laman web secara sederhana dan berbual bersama rakan-rakan serta keluarga dengan 50MB data pada hanya USD 10. Sesuai untuk penggunaan aplikasi kasual dan untuk tujuan mesej.

Perniagaan Kekal berhubung untuk menyelesaikan urusan perniagaan tak kira masa dengan 200MB data pada hanya USD 25. Pilihan bijak untuk mereka yang menggunakan penerbangan untuk urusan perniagaan dan kerja. Strim video yang berat tidak disyorkan.

Harap maklum bahawa kami kini menawarkan MHconnect untuk semua pesawat Airbus A350 kami dan sedang dalam usaha untuk penggunaan dalam pesawat Airbus A330 juga. Mesej juga akan muncul di skrin hiburan dalam pesawat selepas berlepas bagi memastikan anda tahu bahawa Wi-Fi kini boleh didapati atas pesawat. Kami mencadangkan agar ciri kemas kini automatik dan sebarang aplikasi lain yang sedang berjalan pada peranti anda dihentikan sebelum disambungkan kepada Wi-Fi. Harap maklum bahawa kelajuan dan kapasiti internet di dalam kabin mungkin berbeza berbanding yang anda gunakan di darat. Malaysia Airlines tidak menjamin sebarang kelancaran sambungan dalam pesawat, dan mungkin akan menghentikan perkhidmatan pada bila-bila jika terdapat isu sekuriti atau sebab lain. Malaysia Airlines tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan data atau kerosakan pada peranti penumpang. Pembayaran semula akan dipertimbangkan mengikut dasar kes. Sila ingat untuk mendaftar ketika menaiki pesawat, sebelum mengakses Wi-Fi MHconnet bagi memastikan sebarang baki data yang tidak digunakan boleh digunakan untuk penerbangan seterusnya hingga 30 hari. Sila baca “Terma & Syarat” MHconnect di bawah.

Perkhidmatan perayauan data dan Wi-Fi MHconnect boleh didapati bagi semua pesawat A350-XWB dan pesawat terpilih A330 yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines. MHconnect merupakan perkhidmatan bercaj untuk semua kelas kabin (Suite Perniagaan, Kelas Perniagaan dan Ekonomi). Telefon anda akan disambungkan secara automatik kepada Rangkaian Perayauan Mudah Alih. Jika anda tidak mahu disambung kepada perayauan mudah alih di dalam pesawat, sila padamkan telefon dan perayauan data anda. Caj perayauan untuk mesej teks, panggilan suara, dan perkhidmatan data lain ditentukan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih tempatan anda. Untuk menggunakan data mudah alih dan Wi-Fi anda sepenuhnya, sila padamkan sebarang muat turun automatik atau kemas kini di dalam telefon anda sebelum menggunakan MHconnect. Harap maklum bahawa kelajuan sambungan dan kapasiti internet di dalam kabin mungkin berbeza berbanding dengan penggunaan di darat. Malaysia Airlines tidak menjamin bahawa sambungan dalam pesawat adalah lancar dan mungkin akan menghentikan sambungan ketika penerbangan jika berlaku sebarang isu keselamatan atau lain-lain. Malaysia Airlines tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan data atau kerosakan peranti penumpang. Bayaran semua akan dipertimbangankan mengikut dasar kes. MHconnect boleh dibeli di dalam pesawat menggunakan wang tunai atau kad kredit sahaja. Untuk sebarang isu,sila hubungi [email protected] atau 1300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).

Lanjut

Terokai lagi

Terokai lagi

Terokai lagi