Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Taipei

 

Pemandangan bandar raya yang moden dengan dibarisi bangunan bersejarah, Taipei juga menawaran pelbagai makanan yang unik serta kebudayaan kosmopolitan. 

 

Tugu Peringatan Pejuang Revolusi Kebangsaan

Menyingkap sejarah di Tugu Peringatan Pejuang Revolusi Kebangsaan Taipei. Upacara pertukaran barisan pengawal yang penuh kebesaran diadakan pada setiap jam. Sertai pelancong lain untuk mengambil gambar dengan pengawal pengawal yang bertugas. Seorang penjaga mengelap peluh dari muka pengawal-pengawal ini sementara mereka berdiri tegak seperti patung walaupun dalam keadaan yang panas dan lembab.

Harungi 4 Beasts untuk melihat Taipei 101

Naik ke atas bangunan Taipei 101 yang ikonik untuk menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan. Atau lebih baik lagi, panjat satu daripada 4 Beasts untuk menghayati salah satu bangunan tertinggi di dunia yang berdirimegah. Gunung 4 Beasts yang dikatakan menyerupai seekor gajah, harimau, harimau bintang dan singa, mempunyai laluan yang terang walaupun pada waktu malam agar anda dapat melihat pemandangan bandar raya yang mengagumkan 24 jam sehari.

Pasar malam yang sibuk

Xiaochi, secara harafiahnya diterjemahkan sebagai sajian kecil, merupakan makanan yang penuh dengan rasa, budaya dan sejarah. Terdapat pelbagai jenis ladu, wonton dan roti kukus untuk dicuba di pasar malam yang sibuk ini.  Pergi ke Raohe, pasar tertua bandar raya ini yang terletak di tengah-tengah pusat bandar untuk berbagai jenis pilihan makanan. Shilin merupakan pasar terbesar di Taipei dan sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"