Lembaran Fakta
Malaysia Airlines
Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan cara terbaik untuk terbang ke, dari dan sekitar Malaysia. Malaysia Airlines menerbangkan lebih daripada 40,000 tetamu setiap hari dalam perjalanan yang sukar dilupakan yang diilhamkan oleh kekayaan kepelbagaian Malaysia. Malaysia Airlines mencerminkan kepelbagaian Negara Malaysia yang luar biasa, mempamerkan kekayaan tradisi, budaya, masakan dan layanan mesra dalam penerbangan, sambil menawarkan lebih banyak destinasi di dalam Malaysia berbanding syarikat penerbangan lain.
Sejak bulan September 2015, syarikat penerbangan tersebut telah dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Airlines Berhad. Melalui kerjasamanya dengan oneworld®, Malaysia Airlines menawarkan perhubungan yang lebih baik dengan perjalanan yang lebih lancar ke 1,000 destinasi dan lebih 150 buah negara, serta akses kepada lebih daripada 650 buah ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia. Perkhidmatan ke hingga 90 destinasi akan diperkenalkan di seluruh Asia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Timur Tengah melalui perkongsian kod baharu dengan Emirates, yang ditandatangani pada awal tahun 2016.

Suite Perniagaan
Definisi Baharu untuk Kemewahan
Naiki penerbangan dengan penuh keselesaan.
Bersedia untuk perjalanan yang penuh dengan kemewahan, keselesaan dan layanan yang baik. Berehat di tempat duduk anda yang luas, lengkap dengan otoman dan privasi yang anda perlukan.
Laraskan sandaran kepala atau tempat duduk anda dengan hanya menggunakan sentuhan butang untuk keselesaan maksimum.
Dunia hiburan terpilih.
Apabila anda mahu dihiburkan, buka skrin 23 inci anda dan pilih daripada pelbagai pilihan filem dan filem pendek.
Pilih daripada pelbagai pilihan CD kami yang anda boleh gunakan untuk membuat senarai main anda sendiri.
Nikmati tidur tanpa gangguan.
Apabila anda sudah bersedia untuk tidur, maklumkan krew kabin kami untuk menyediakan tempat tidur anda. Nikmatilah keselesaan tilam berlapis, bantal besar dan selimut duvet yang diisi bulu.
Bilik air persendirian untuk keselesaan peribadi.
Untuk kemudahan anda, kami menyediakan dua bilik air yang luas dan serba lengkap.
Kelas pertama hanya tersedia dalam penerbangan A380.
Kelas Perniagaan
Alami Keselesaan Sebenar
Sambutan yang sangat menenangkan.
Melangkah masuk dan anda akan disambut dengan suasana yang menenangkan dan sambutan yang mesra daripada kru kabin bertaraf dunia kami. Pencahayaan mood yang mensimulasikan perubahan siang dan malam membantu anda menyesuaikan diri dengan selesa melalui zon masa yang berbeza.
Nikmati ketenangan di dalam zon selesa peribadi anda.
Simpan barangan peribadi di kawasan simpanan khusus. Laraskan tempat duduk untuk keselesaan maksimum, kemudian berehat dan bersedia untuk menikmati perjalanan yang selesa.
Ia sangat sesuai untuk perniagaan.
Tempat duduk anda berubah menjadi pejabat mini dengan ruang untuk bekerja yang mencukupi. Perkhidmatan yang tidak mengganggu daripada kakitangan kami akan memastikan setiap keperluan anda dipenuhi tanpa mengganggu tumpuan anda.
Makan Pada Bila-bila masa untuk keselesaan anda.
Sekiranya anda berasa lapar, pesan makanan kegemaran anda dengan perkhidmatan Makan Pada Bila-bila Masa. Seperti namanya, ia membolehkan pelanggan Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan jarak jauh untuk menikmati makanan pada bila-bila masa.
Bersantai dengan hiburan yang menenangkan.
Apabila tiba masanya untuk berehat, pilih daripada pelbagai pilihan hiburan yang terdiri daripada filem atau muzik atas permintaan. Untuk pengalaman audio yang lebih mengasyikkan, gunakan fon kepala pembatalan bising kami.
Apabila tiba masanya untuk berehat, anda boleh berbaring dengan selesa.
Berhenti bekerja dengan memalapkan lampu dan berbaring untuk tidur malam yang selesa.
Kelas Ekonomi
Membuat Penerbangan Menyeronokkan
Kami membuat anda berasa seperti di rumah.
Tidak kira siapa anda atau dari mana anda datang, krew kabin berkelas dunia kami akan membuat anda berasa selesa seperti di rumah.
Ekonomi tidak bermakna keselesaan akan terjejas.
Dalam penerbangan kelas Ekonomi kami, anda akan menikmati tambang yang kompetitif dengan perkhidmatan premium, peruntukan bagasi percuma dan makanan percuma.
Kualiti hiburan Kelas Pertama.
Nikmati hiburan dalam penerbangan yang sama seperti dalam Kelas Pertama. Pilih daripada pelbagai pilihan filem, filem pendek dan CD muzik.
Pilihan yang lazat menjadikan pengalaman menjamu selera menyeronokkan.
Kami merupakan syarikat penerbangan yang sangat mengambil berat tentang makanan. Pelbagai pilihan akan memenuhi pelbagai selera dan keperluan pemakanan yang berbeza, daripada makanan berempah dan pedas kepada makanan bergaram rendah dan makanan vegetarian. Semua makanan yang dihidangkan dalam pesawat adalah halal.
Kini, walaupun anda membuat perjalanan untuk laluan yang lebih pendek, anda boleh menikmati hidangan panas. Hidangan kami telah disusun semula dan selepas kami menambah kuantiti sebanyak 20%, hidangan kami kini lebih mengenyangkan berbanding sebelum ini.

A350-900
Bilangan pesawat: 6
Bilangan pesawat: 286
Kelas |
Suite Perniagaan |
Perniagaan |
Ekonomi dengan ruang lebih luas/ Ekonomi |
|
Bagasi (kg) |
Find out more |
|||
Bilangan tempat duduk |
4 |
35 |
27 |
220 |
Jarak antara tempat duduk di hadapan (inci) |
79” |
44” |
36” |
31"/32” |
Lebar tempat duduk (inci) |
23”/24" |
20.6” |
18” |

A330-300
Bilangan pesawat: 15
Tempat duduk penumpang: 296
Kelas |
Perniagaan |
Ekonomi |
Bagasi(kg) |
||
Bilangan tempat duduk |
27 |
263 |
Jarak antara tempat duduk di hadapan (inci) |
43"/44" |
32” |
Lebar tempat duduk (inci) |
20” |
17.5” |

B737-800
Bilangan persawat: 54
Tempat dusuk penumpang: 160
Kelas |
Perniagaan |
Ekonomi |
Bagasi (kg) |
||
Bilangan tempat duduk |
27 |
263 |
Jarak antara tempat duduk di hadapan (inci) |
43"/44" |
32” |
Lebar tempat duduk (inci) |
20” |
17.5” |
Kumpulan Penerbangan Malaysia
Malaysia Airlines dan anak syarikatnya merupakan sebahagian daripada Kumpulan Penerbangan Malaysia, iaitu sebuah kumpulan penerbangan global dengan anak syarikat dan pelaburan ekuiti yang dibahagikan kepada empat segmen perniagaan yang berbeza: Perkhidmatan Pengangkutan Udara, Perkhidmatan Darat, Pajakan Pesawat dan Pembangunan Bakat.




Beroperasi dari hub Pulau Pinang dan Subang, Firefly menyediakan penerbangan ke pelbagai tempat di Malaysia, Thailand Selatan, Singapura dan Sumatera Indonesia. Syarikat penerbangan ini bertujuan untuk merapatkan komuniti melalui rangkaian penerbangan titik ke titik, dan menghubungkan dunia dengan komuniti ini.
Tarikh Penubuhan: 13 Jun 1995
MAB Kargo, bahagian kargo Kumpulan Penerbangan Malaysia, mengendalikan perkhidmatan kargo udara sewa berjadual, perkhidmatan pengendalian bahagian darat serta penghantaran kargo dari lapangan terbang ke pelabuhan melalui pengangkutan darat. Ia juga menghantar melalui perkhidmatan pengangkut dan kapasiti ruang perut di Malaysia Airlines Berhad.
Tarikh Penubuhan: 17 September 2015
Syarikat penerbangan komuter pertama Malaysia Timur yang memenuhi keperluan perjalanan udara Sarawak dan penduduk Sabah dengan menyediakan tambang murah, jadual penerbangan yang sesuai dan hubungan antara kedua-dua negeri di Borneo. Sebagai anak syarikat Kumpulan Penerbangan Malaysia, MASwings juga berhubung dengan Malaysia Airlines untuk sambungan penerbangan yang lebih baik.
Tarikh Penubuhan: 17 Mei 2007
AeroDarat Services Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai MAB Ground Handling Services Sdn Bhd), menyediakan perkhidmatan pengendalian darat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 15 lapangan terbang yang lain
di seluruh Malaysia, termasuk perkhidmatan tanjakan dan kargo. AeroDarat memberi tumpuan ke atas meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pengendalian darat untuk penumpang dan pesawat syarikat penerbangan Malaysia
Airlines serta syarikat penerbangan pihak ketiga.
Tarikh Penubuhan: 22 Mei 2015