Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

Kerjaya

Sertai Pasukan Kami

 

Mengenai Malaysia Airlines

Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan cara terbaik untuk terbang ke, dari dan sekitar Malaysia. Kami merupakan antara beberapa syarikat penerbangan yang telah memenangi anugerah lima bintang Skytrax dan Krew Kabin Terbaik di Dunia. Malaysia Airlines menerbangkan lebih daripada 40,000 tetamu setiap hari dalam perjalanan yang sukar dilupakan yang diilhamkan oleh kekayaan kepelbagaian di Malaysia. Kami mencerminkan kepelbagaian Negara Malaysia yang luar biasa, mempamerkan kekayaan tradisi, budaya, masakan dan layanan mesra dalam penerbangan, sambil menawarkan lebih banyak destinasi di dalam Malaysia berbanding syarikat penerbangan lain.

Sejak bulan September 2015 syarikat penerbangan ini dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Airlines Berhad. Sebagai ahli oneworld®, Malaysia Airlines dan rakan niaga dalam perikatan globalnya menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lebih lancar ke lebih daripada 1,000 destinasi dan lebih 150 buah negara, dengan keistimewaan dan ganjaran khusus untuk pengguna penerbangan kerap, termasuk akses ke lebih daripada 650 ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia. Perkhidmatan ke hingga 90 destinasi akan diperkenalkan di seluruh Asia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Timur Tengah melalui perkongsian kod baharu dengan Emirates, yang ditandatangani pada awal tahun 2016.

Kami menawarkan persekitaran dinamik dan menarik yang memupuk pasukan dengan kepelbagaian dan berbakat yang bekerjasama untuk mencapai sesuatu yang hebat... dan sekarang anda boleh menjadi sebahagian daripadanya.

 

 

 

  • Kami sebuah syarikat penerbangan baharu dengan matlamat agresif dalam landskap yang sangat kompetitif.
  • Kami merupakan komuniti individu yang berdedikasi untuk membantu pelanggan kami memenuhi bukan hanya keperluan perjalanan mereka tetapi juga impian perjalanan mereka.
  • Kami percaya dalam kerja keras dan kami percaya antara satu sama lain.
  • Memberikan yang terbaik bermaksud anda berkembang maju dalam persekitaran keusahawanan kami, yang mana semua orang mempunyai peluang untuk mengamalkan kepimpinan, menghasilkan inovasi dan melakukan perbezaan.
  • Memberikan yang terbaik bermaksud kami membantu anda untuk berkembang melebihi potensi anda dan memberi ganjaran kepada anda di sepanjang jalan.
  • Kami menawarkan manfaat dan pampasan kompetitif yang setaraf dengan industri kami dan pengalaman anda.
  • Kami menawarkan program insentif berasaskan prestasi yang disokong oleh kursus pembelajaran yang meliputi kursus ulangan teknologi sehingga pembangunan kepimpinan.
  • Kami menawarkan anda peluang untuk membantu kami membina ikon kebangsaan yang baharu supaya kami akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan pilihan pertama pelancong di seluruh dunia.
  • Dengan hampir 12,000 pekerja di 53 bandar, kami memberi tumpuan kepada perjalanan yang selamat, menepati masa dan mesra. Malaysia Airlines menawarkan anda peluang yang besar untuk menjadi yang terbaik.

 

 

 

 

 

 

 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"