Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
記住我的設定
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Malaysia Aviation Group Anjur Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka untuk Mempercepatkan Pemulihan Ekonomi Era Pasca COVID-19

Kepelbagaian dan lnklusiviti Menjadi Elemen Penting Dalam Pemilihan Tenaga Kerja Baharu

 

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2022: Malaysia Aviation Group (MAG) menganjurkan Hari Terbuka dan Karnival Kerjaya buat julung kalinya dan menawarkan lebih daripada 400 peluang pekerjaan baharu bagi menyokong usaha Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan pemulihan sosio-ekonomi negara dan menggiatkan semula pertumbuhan industri penerbangan selepas era pandemik COVID-19.

 

Acara dua hari tersebut, yang berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2022 di Malaysia Airlines Academy, memberi peluang kepada setiap Keluarga Malaysia yang sedang mencari pekerjaan, terutamanya graduan yang menganggur dan pekerja mahir, dengan menyediakan peluang pekerjaan daripada pelbagai unit perniagaan yang menyokong sektor penerbangan negara termasuk kru teknikal, kru kabin, kejuruteraan, katering, strategi perniagaan, operasi lapangan terbang dan e-dagang.

 

Hari Terbuka dan Karnival Kerjaya ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Turut hadir sama adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengerusi Kumpulan MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ketua Pegawai Kumpulan Modal Insan, Dato' Mohd Khalis Abdul Rahim.

 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, "KPT amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia Aviation Group (MAG) dalam meneraju sektor penerbangan di Malaysia. Kementerian amat menyokong penganjuran inisiatif seperti ini yang berupaya menarik minat lebih ramai anak muda di Iuar sana khususnya kepada para graduan yang sedang mencari pekerjaan serta peluang untuk meneroka potensi dan keupayaan masing-masing."

 

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turut menjelaskan, KPT akan terus komited dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan di Malaysia dan terus menyokong usaha kolaborasi bersama industri dalam melahirkan graduan yang berkemahiran dan memenuhi keperluan semasa industri.

 

Dato' Mohd Khalis Abdul Rahim berkata, "Sebagai sebuah organisasi global, peranan kami tidak terhenti setakat menyediakan perkhidmatan berkenaan perniagaan penerbangan semata-mata tetapi juga berperanan untuk menyediakan barisan pelapis tenaga mahir yang mampu mengubah lanskap industri penerbangan dan pelancongan negara. Matlamat kami adalah untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif bagi memupuk tenaga kerja yang tangkas dan inovatif, di samping memastikan tenaga kerja yang sentiasa bersedia untuk masa hadapan.

 

Kami berbesar hati kerana memperolehi sokongan padu daripada kerajaan seperti Kementerian Pengajian Tinggi untuk memupuk dan membangunkan golongan profesional muda. Justeru, kami kekal komited untuk membuat pelaburan dalam memberikan latihan yang dapat membangunkan tenaga kerja kami kerana percaya kebolehsuaian, daya saing dan prestasi tinggi organisasi bermu/a daripada pengambilan pekerja yang berkualiti."

 

MAG kini mempunyai lebih daripada 11,000 pekerja dalam semua unit perniagaan anak-anak syarikat dan stesen wilayahnya, termasuk 1,249 juruterbang dan 2,158 kru kabim Ini termasuk 14% perwakilan wanita di peringkat pengurusan dalam Kumpulan MAG. Pada 2021, MAG telah berganding bahu dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk memperjuangkan keseimbangan jantina dan mewujudkan peluang kerjaya untuk wanita dalam industri penerbangan melalui inisiatif '25by2025'.

 

Orang ramai yang hadir di Hari Terbuka dan Karnival Kerjaya ini berpeluang untuk menyertai pelbagai bengkel kerjaya yang menarik, temuduga terbuka, sesi perbincangan panel dan seminar pembangunan kerjaya merangkumi topik yang berkaitan dengan kemahiran insaniah, teknikal dan digital.

 

Orang ramai masih boleh menghadiri hari ke-2 Hari Terbuka dan Karnival Kerjaya MAG dengan mendaftarkan minat mereka melalui pautan ini: Borang Pendaftaran Hari Terbuka Untuk maklumat Ianjut, layari laman media sosial MAG di Linkedln, Facebook and Instagram.

 

 

 

 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"