Tutup

Pilih negara tempat tinggal anda.

Negara:
Bahasa:
Ingat pilihan saya

Tidak dapat cari negara tempat tinggal anda? Layari sini

Hidangan Istimewa
Close
Anda sedang melayari laman luar daripada
www.malaysiaairlines.com.
Laman web ini dimiliki dan dikendali oleh pihak ketiga, dengan itu bukan berada di bawah kawalan Malaysia Airlines.
Penyediaan makanan untuk setiap permintaan anda

Hidangan Istimewa
Seperti juga hospitaliti rakyat Malaysia, kami akan berusaha memenuhi segala keperluan dan kehendak pemakanan anda – oleh itu, sila hubungi kami sehari sebelum anda berlepas dan kami akan berusaha menguruskannya.

Menu Khas kami termasuk:
Diet Keagamaan
Hindu (HNML)
  • Tiada daging lembu/anak lembu atau khinzir digunakan dalam menyediakan hidangan Hindu.

  • Tetapi daging kambing, ayam, ikan dan produk susu adalah dibenarkan.

Muslim (MOML)
  • Semua makanan dihidangkan di Malaysia Airlines adalah Halal.

  • Alkohol adalah dilarang; dan penggunaan alkohol dalam masakan tidak dibenarkan.

  • Daging seperti lembu, kambing dan ayam mesti disembelih menurut cara Islam.

  • Daging Khinzir atau produk khinzir adalah dilarang.

Kosher (KSML)
  • Hidangan ini mesti menurut kehendak agama Yahudi. Ia adalah penting bagi peraturan ini dipatuhi dengan tegas.

  • Khinzir, arnab dan produk mereka adalah dilarang.

  • Haiwan dan ternakan seperti lembu dan ayam mesti disembelih dengan cara yang istimewa dipanggil Shechita.

  • Makanan yang diproses mesti disediakan di bawah penyeliaan rabai Yahudi.

  • Susu dan produk susu tidak boleh digunakan dalam penyediaan hidangan daging atau dihidang bersama dengan atau serta merta selepas hidangan.

Makanan Kesihatan
Hidangan Tawar/ Hidangan Lembut (BLML)
  • Hidangan lembut atau hidangan tawar digunakan sebagai makanan peralihan. Ia hidangan yang mencukupi, sederhana rendah dalam serat atau pelawas, lemak dan tisu penghubung yang terdapat dalam daging merah.

Hidangan Pesakit Kencing Manis (DBML)
  • Hidangan ini mempunyai karbohidrat kompleks dan serat pemakananan yang tinggi. Ianya rendah lemak dengan tambahan gula minimum.

Hidangan Tinggi Serat (HFML)
  • Sama seperti hidangan rendah lemak/kolesterol cuma jumlah atau kuantiti hidangannya dikurangkan.

Hidangan Rendah Kolesterol/Rendah Lemak (LFML)
  • Hidangan ini adalah rendah dari segi jumlah lemak dan kolesterol pemakanan, dengan lemak tepu yang minimum serta tiada lemak tambahan atau bahan berlemak.

Rendah Garam (LSML)
  • Tiada garam digunakan dalam penyediaan hidangan ini dan bahan tinggi garam dielakkan.

Bebas Gluten (GLML)
  • Tiada gandum, rai, oat, atau barli dimasukkan ke dalam hidangan ini, ia juga sesuai untuk mereka yang meminta makanan bebas gandum.

Rendah Protein (LPML)
  • Hidangan ini mempunyai kuantiti protein yang kurang berbanding hidangan lain. Ia adalah khas untuk individu yang mempunyai penyakit buah pinggang dan hati.

Tanpa Laktosa (NLML)
  • Hidangan ini disediakan tanpa penggunaan atau penambahan susu atau produk tenusu. Ia adalah khas untuk individu yang mengalami kesukaran dalam penerimaan susu atau produk hasilannya. Susu kacang soya boleh digunakan sebagai alternatif.

Rendah Purina
  • Hidangan ini disediakan untuk mengurangkan jumlah purina, yang biasanya terdapat dalam semua makanan.

Hidangan Vegetarian
Hidangan Vegetarian (VGML)
  • Tidak mengandungi semua produk hasilan daripada haiwan.

  • Marjerin dan minyak masak seharusnya minyak sayuran tulen.

Vegetarian ala Barat (Lakto-Ovo) (VGML)
  • Mengandungi telur dan produk tenusu dan semua makanan diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, tetapi tiada daging, ternakan, ikan atau kerang-kerangan dan produk hasilannya.

Vegetarian ala Barat (Bukan Tenusu) (VGML)
  • Mengandungi hanya makanan diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, tetapi tiada produk tenusu, telur, daging, ternakan, madu, ikan atau kerang-kerangan atau produk hasilannya.

Vegeterian ala India Asia (AVML)
  • Mengandungi hanya makanan diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan produk tenusu. Hidangan dimasak secara gaya India.

NOTIS PENTING : Hidangan istimewa hanya ditawarkan dalam penerbangan tertentu sahaja. Hidangan ini mesti dipesan dan disahkan tidak kurang daripada 24 jam sebelum berlepas.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat Malaysia Airlines yang terdekat »
Semua makanan yang disediakan atas kapal terbang Malaysia Airlines adalah Halal. Untuk keperluan kesihatan, perubatan dan keagamaan, hidangan istimewa boleh disediakan awal. Penumpang Muslim yang menaiki penerbangan perkongsian kod yang lain adalah dinasihatkan untuk meminta MOML (Hidangan Muslim).