Tutup

Pilih negara tempat tinggal anda.

Negara:
Bahasa:
Ingat pilihan saya

Tidak dapat cari negara tempat tinggal anda? Layari sini

Sajian Terkemuka
Close
Anda sedang melayari laman luar daripada
www.malaysiaairlines.com.
Laman web ini dimiliki dan dikendali oleh pihak ketiga, dengan itu bukan berada di bawah kawalan Malaysia Airlines.
Tradisi seni masak-memasak terbaik untuk cita rasa anda

Sajian Terkemuka
Nikmati aneka hasil masakan kami seperti daging kambing sukulen yang disiram dengan sos lada hitam Sarawak, ikan panggang kod hitam Atlantik Utara, satay kami yang memenangi anugerah, keju daripada Tarago River Cheese Company of Australia yang terkemuka, dan banyak lagi; boleh dikatakan sajian terbaik daripada seluruh negara.
Pengalaman teristimewa
Keghairahan mendorong kami menghasilkan makanan istimewa yang dapat bersaing dengan restoran terbaik di darat. Kami menghasilkan pengalaman bersantap terbaik di udara melalui penggunaan Wedgewood china yang berkualiti, kutleri ditempah istimewa, perkakasan kaca Itali, tempat duduk yang mewah, dan pencahayaan bersesuaian suasana.
Segar dari ladang
Kami hanya menggunakan ramuan terbaik daripada seluruh dunia yang dipilih khas oleh kumpulan chef kami. Malahan campuran salad kami didatangkan terus dari Melbourne, Australia; dipetik dan dihantar ke dapur MAS dalam masa 48 jam untuk memastikan kualiti yang sempurna.
Rasa gourmet
Sebagai tetamu istimewa kami, nikmati pelbagai minuman dunia terbaik seperti teh Rooibos Afrika Selatan, jus buah-buahan, air khas daripada Ty Nant, teh Sri Lankan Watte Series yang terkenal, serta kopi yang terkemuka umpamanya Ethiopian Yirgacheffe ('grand-daddy of coffees') dan Blue Mountain Jamaica.