Tutup

Pilih negara tempat tinggal anda.

Negara:
Bahasa:
Ingat pilihan saya

Tidak dapat cari negara tempat tinggal anda? Layari sini

Close
Anda sedang melayari laman luar daripada
www.malaysiaairlines.com.
Laman web ini dimiliki dan dikendali oleh pihak ketiga, dengan itu bukan berada di bawah kawalan Malaysia Airlines.
Ciri Tempat Duduk
Kelas Pertama
Di Kelas Pertama, kemewahan, kelapangan dan keselesaaan adalah segalanya.

Tempat duduk katil datar (flat bed seat) kami yang baru umpamanya, direka khas dengan rangka luar yang melengkung agar anda dapat berehat secara peribadi tanpa gangguan. Untuk menambah lagi keselesaan, anda juga boleh memilih di antara beberapa posisi yang telah ditetapkan dengan hanya satu sentuhan butang.

Selain dari alas kepala yang boleh dilaraskan, ia juga mempunyai ciri mengurut yang khas disamping bangku ‘ottoman' yang boleh dijadikan kerusi untuk tetamu anda.

Setiap tempat duduk juga dilengkapkan dengan soket 115 AC untuk kegunaan komputer riba atau alat elektronik, serta skrin sentuh 15in untuk hiburan anda, yang mana boleh disimpan apabila tidak digunakan.

Sama ada berbaring, berhibur, berkerja atau menikmati hidangan istimewa, anda boleh melakukan segalanya dengan penuh bergaya dalam suasana yang tenang apabila anda terbang dengan Kelas Pertama.
Hidangan
Makan dengan penuh bergaya di Kelas Pertama. Alami kemewahan bersantap di udara dengan pilihan sajian gourmet yang luas dan terhebat, yang dihidangkan di atas pinggan mangkuk tembikar yang halus buatannya. Duduk dan beristirahat dengan haruman wain sementara menikmati hidangan anda, seperti "aged cheese" atau makanan lazat lain yang istimewa.

Untuk kebanyakkan penerbangan antarabangsa, anda boleh menikmati sajian terkemuka Malaysia Airlines – satay. Cucukan daging ayam, lembu atau kambing berempah ini dibakar dengan cara tradisional di atas api arang, dan dihidangkan dengan timun dan bawang serta kuah kacang.


Sewaktu penerbangan jarak jauh, cuba pilihan SKYSNAX kami sekiranya anda mengidamkan sesuatu yang ringan di antara waktu makan. Antara pilihannya termasuklah keju dan kerepek, coklat, biskut serta buah-buahan. Krew kabin kami juga boleh menyediakan sandwic yang segar mengikut citarasa anda.


Sekiranya anda mempunyai sebarang keperluan pemakanan, anda boleh memilih daripada senarai Hidangan Khas kami. Permintaan anda perlu dibuat semasa penempahan penerbangan, tidak kurang daripada 24 jam sebelum berlepas. Ini adalah untuk memastikan kami mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakannya demi kepuasan anda.


Hidangan Khas atas pesawat »