Tutup

Pilih negara tempat tinggal anda.

Negara:
Bahasa:
Ingat pilihan saya

Tidak dapat cari negara tempat tinggal anda? Layari sini

Close
Anda sedang melayari laman luar daripada
www.malaysiaairlines.com.
Laman web ini dimiliki dan dikendali oleh pihak ketiga, dengan itu bukan berada di bawah kawalan Malaysia Airlines.
Hiburan
Kelas Bisnes
Sebagai penumpang Kelas Bisnes Malaysia Airlines, anda dapat menikmati antara sistem multimedia hiburan dalam penerbangan yang terhebat. Tenangkan fikiran dengan irama jazz atau biarkan rangkaian klasikal kami membawa anda ke dimensi lain. Anda juga boleh memilih dari 19 saluran yang mendendangkan beraneka lagu kontemporari dan hit terkini.

Pesawat B747-400 dan B777-200 kami juga menawarkan skrin sentuh LCD 10.4" dengan 12 saluran video buat tontonan anda. Sistem hiburan Select-plus Malaysia Airlines pula membolehkan anda melayari koleksi filem dan cakera padat kami, agar anda bebas memilih dan merancang hiburan yang diinginkan.

Sekiranya anda ingin meluangkan masa bermain pelbagai permainan video popular yang disediakan, skrin anda juga boleh menjadi konsol permainan video.
Pemain Media Mudah Alih
Dengan sistem hiburan dalam penerbangan Select kami, pelbagai pilihan hiburan kini menanti anda di ruangan peribadi anda yang selesa. Pilih daripada lebih 100 jam filem ikut permintaan, rancangan TV dan sukan, atau lebih daripada 10 jenis permainan video. Sekiranya anda ingin menenangkan fikiran, pejamkan mata sambil nikmati dendangan lagu kegemaran anda.

Sistem hiburan Select boleh didapati melalui Pemain Media Mudah Alih peribadi anda, yang menampilkan skrin paparan 8" dengan resolusi tinggi bagi meningkatkan keseronokan menonton. Ia di antara perkhidmatan yang tawarkan dalam pesawat A330-300 kami agar perjalanan anda lebih menarik.

Penambahan yang diperkenalkan pada Kelas Bisnes pesawat A330-300 kami membolehkan anda menikmati satu tahap baru dari segi keselesaan, kemewahan dan kesenangan.
Kemudahan
Dapatkan kit kemudahan dalam penerbangan kami yang mengandungi keperluan perjalanan seperti pelindung mata, berus gigi, semburan muka, pelembap bibir dan banyak lagi. Kami juga mempunyai pilihan poskad dan kertas tulis untuk memenuhi keperluan menulis anda.
Membeli-belah dalam penerbangan
Sebagai penumpang yang dihargai, anda juga boleh menikmati Temptations, khidmat membeli-belah bebas cukai dalam penerbangan kami. Selain dari harga yang kompetitif, terdapat juga pelbagai pilihan – seperti cenderamata tempatan eksklusif, koleksi kanak-kanak, aksesori berkualiti daripada pereka antarabangsa ternama, barangan berjenama dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang had bebas cukai, sila rujuk kepada krew kabin kami.

Kunjungi Temptations »