Press Room

Perkhidmatan Penerbangan Bagi Pelatih Plkn Dengan Syarikat Penerbangan Malaysian Airline System (MAS) Disambung Hingga Tahun 2015

Thursday, 28 March 2013: Jabatan Latihan Khidmat Negara pada hari ini memaklumkan bahawa tempoh kontrak bagi Pakej Perkhidmatan Penerbangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan syarikat Malaysian Airline System (MAS) akan disambung selama tiga (3) tahun sehingga tahun 2015. Majlis menandatangani kontrak ini akan ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia YBhg Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad dengan Ketua Jabatan Hajj & Catar, Malaysian Airline System (MAS) Encik Hisham Haron. Kontrak lanjutan ini bernilai sebanyak  RM22,054,882.50 bagi tempoh 15 Disember 2012 sehingga 14 Disember 2015 di mana melibatkan anggaran penggunaan seramai 13,000 pelatih PLKN bagi setiap tahun.

Antara perkhidmatan yang telah disediakan oleh syarikat MAS kepada pelatih PLKN adalah seperti berikut :

  • Menguruskan pergerakan penerbangan pelatih masuk/balik Kem PLKN secara berkumpulan;
  • Menyediakan tempat duduk Kelas ekonomi yang bernombor kepada setiap pelatih yang menaiki pesawat;
  • Perkhidmatan dalam pesawat termasuk hidangan makanan/minuman, suratkhabar dan majalah;
  • Menyelaras perkhidmatan penghantaran jenazah dengan Jabatan MAS Kargo;
  • MAS menyediakan Pasukan Khas ( HCD Call Centre ) untuk urusan Komunikasi terus dengan staf JLKN bagi urusan tempahan tiket dan Pengurusan penerbangan pelatih PLKN;
  • Kaunter Masuk Khas untuk pelatih PLKN;dan
  • Menyediakan ‘Nametag & Lanyard bagi setiap pelatih semasa pergerakan masuk.

Bagi pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013, dianggarkan seramai 3100 orang pelatih akan terlibat dalam pergerakan menggunakan penerbangan dan ini termasuk pelatih dari Semenanjung ,Sabah dan Sarawak  yang akan bermula pada 30 Mac sehingga 1 April 2013.

pressroom-2832013-01

Malaysia Airlines’ Chairman, Tan Sri Md Nor Yusof witnessed the signing of Contract between Head of Hajj & Charter Department, Hisham Haron, and the Secretary General of the Ministry of Defense Malaysia, Dato 'Seri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad.

pressroom-2832013-02

 

pressroom-2832013-03