DASAR KERAHSIAAN PELANGGAN

Kandungan

Pengenalan
Apakah Jenis Data Peribadi yang Diperlukan?
Bagaimanakah Cara Data Peribadi Anda dikumpulkan?
Bagaimanakah Cara Data Peribadi Anda dikumpulkan daripada Laman Web Kami?
Untuk Apakah Kegunaan Data Peribadi Anda?
Mencapai/Menghadkan/Membetulkan/Mengemas Kini Data Peribadi Anda
Kepada Siapakah Data Peribadi Anda Didedahkan?
Berapa Lamakah Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Anda?
Pemberitahuan Perubahan
Hubungi Kami

Pengenalan

Malaysian Airline System Berhad (“MAS”) menitikberatkan soal perlindungan Data Peribadi anda dan meletakkan soal perlindungan maklumat kerahsiaan anda pada tahap tertinggi.

Dasar Kerahsiaan ini menerangkan terma-terma umum tentang bagaimana cara kami melindungi kerahsiaan Data Peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).

Apakah Jenis Data Peribadi yang Diperlukan?

Jenis-jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nama, alamat, butiran penerbangan dan perjalanan lain, nombor dan tarikh luput kad kredit/debit, alamat bil, nombor telefon, nombor Penerbangan Kerap atau butiran keahlian program kesetiaan lain, keperluan pemakanan (jika ada) dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan aturan perjalanan anda.

Bagaimanakah Cara Data Peribadi Anda dikumpulkan?

Dasar Kerahsiaan ini merangkumi mana-mana Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami:

  • Apabila membuat tempahan dengan kami, daftar masuk untuk penerbangan atau tambang bagasi;
  • Melalui mana-mana laman web dalam talian yang dikendalikan oleh MAS dan kontraktornya;
  • Di bawah mana-mana perjanjian kontrak atau perkiraan lain dan / atau;
  • Melalui pihak ketiga, iaitu ejen pelancongan.

Cara-cara lain yang mungkin juga digunakan untuk mengumpul Data Peribadi termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

       -  Melalui telefon, surat, faks, e-mel;

       -  Apabila anda melawat laman web kami atau salah satu laman web kontraktor -
          kontraktor kami;

       -  Apabila anda menghubungi kami sendiri;

       -  Apabila kami menghubungi anda sendiri, atau

       -  Apabila kami mengumpul maklumat tentang anda daripada pihak ketiga.

Bagaimanakah Cara Data Peribadi Anda dikumpulkan daripada Laman Web Kami?

Alamat IP

Kami menggunakan alamat IP pengunjung untuk membantu mengenal pasti masalah berkaitan pelayan (server) kami dan untuk mentadbir laman web kami. Alamat IP pengunjung juga digunakan untuk membantu mengenal pasti maklumat keahlian dan mengumpul maklumat demografi  umum.

Borang Maklum Balas Pelanggan

Borang Maklum Balas Pelanggan kami memerlukan anda memberikan maklumat peribadi (contohnya nama dan alamat e-mel) bagi memudahkan pihak kami memberi maklum balas terhadap aduan dan ulasan yang anda kemukakan. Kami juga menggunakan maklumat perhubungan anda yang dikemukakan di dalam borang pendaftaran untuk menghantar maklumat tentang syarikat kami. Maklumat perhubungan anda juga digunakan untuk menghubungi anda apabila perlu. Data demografi dan profil pengunjung juga dikumpul di laman web kami. Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk mensesuaipadankan pengalaman anda di laman web kami, dengan menunjukkan kandungan yang mungkin memenuhi minat anda dan memaparkan kandungan mengikut pilihan anda.

Maklumat tentang Cookies

Cookies”adalah satu elemen data yang boleh dihantar oleh sesebuah laman web kepada penyemak imbas (browser) anda dan kemudiannya disimpan dalam sistem anda. Kami menggunakan cookies dalam beberapa halaman dalam laman web kami untuk menyimpan pilihan pengunjung dan rekod maklumat sesi kunjungan. Maklumat yang kami kumpulkan kemudian akan digunakan untuk memastikan tahap perkhidmatan yang lebih peribadi untuk pengguna kami. Anda boleh meselaraskan tetapan pada penyemak imbas anda sendiri supaya anda akan dimaklumkan apabila menerima cookies. Sila rujuk kepada dokumentasi penyemak imbas anda untuk memeriksa jika cookies telah diaktifkan pada komputer anda atau untuk meminta tidak menerima sebarang cookies.

Untuk Apakah Kegunaan Data Peribadi Anda?

Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut ("Tujuan"):

       -   Untuk memudahkan urusan perjalanan dan urusan bagasi;

       -   Untuk membolehkan proses urusniaga komersial, contohnya: jualan dalam
           penerbangan.

       -   Untuk memudahkan penyertaan anda dalam program kesetiaan MAS dan
           pihak ketiga;

       -   Untuk menghantar maklumat promosi, produk dan aktiviti;

       -   Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda sendiri dan/atau
           pelanggan lain;

       -   Untuk menyiasat dan menjawab tuntutan anda; atau

       -   Untuk mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan.

Mencapai/ Menghadkan / Membetulkan / Mengemaskini Data Peribadi Anda

Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang Data Peribadi anda, menghadkan pemprosesan, mengemas kini atau meminda Data Peribadi anda, seperti yang di bawah:

  • Untuk pelanggan berdaftar di dalam talian, anda boleh log masuk ke akaun di dalam talian MAS dan mengemas kini Data Peribadi anda, atau
  • Bagi setiap pelanggan yang lain, anda boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar e-mel kepada customer@malaysiaairlines.com. Sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada maklumat yang diminta, yuran nominal mungkin dikenakan. Kami akan berusaha untuk memberikan maklum balas kepada anda dengan seberapa segera. Namun, kami juga berhak untuk mengesahkan semua permohonan untuk memastikan kesahihan permohonan.

Menarik Balik Persetujuan

Sila ambil perhatian bahawa adalah wajib bagi kami untuk memproses Data Peribadi anda, bagi memastikan kelancaran proses.perjalanan anda,  dan memastikan anda mendapat maklumat terkini tentang  perkembangan kami, perkhidmatan dan produk baru dan / atau yang telah dipertingkatkan.

Walau bagaimanapun, anda boleh berhenti menerima maklumat tentang aktiviti promosi dengan cara:

  • tamatkan langganan daripada senarai mel;
  • menyunting tetapan akaun yang berkaitan untuk menghentikan langganan; atau
  • menghantar permohonan kepada customer@malaysiaairlines.com

Kepada Siapakah Data Peribadi Anda Didedahkan?

Kami tidak akan memperdagangkan atau menjual Data Peribadi anda kepada pihak ketiga. Data Peribadi anda hanya akan didedahkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga yang berikut yang berada di dalam atau di luar Malaysia, sebagai memenuhi syarat “Tujuan”

  • Sekutu atau anak syarikat MAS yang lain, yang diperlukan untuk memudahkan perjalanan anda.
  • Pembekal penentusahkan kad kredit, gudang data dan pihak ketiga yang lain untuk memproses urusniaga kormesrial anda;
  • Badan undang-undang yang dibenarkan atau selaras dengan peruntukan undang-undang, sebagai mematuhi suatu waran atau sepina yang dikeluarkan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dan / atau;
  • Kastam, imigresen atau lain-lain pihak berkuasa yang berkaitan.

Berapa Lamakah Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Anda?

Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih  dari tempoh yang diperlukan untuk memenuhi “Tujuan”. Walau bagaimanapun, Data Peribadi yang berkaitan akan disimpan jika tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:

  • Apabila diperlukan atas  urusan undang-undang;
  • Apabila wujud tindakan undang-undang, sama ada yang sedang berlangsung atau tertangguh.

MAS akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan apabila tidak lagi diperlukan.

Pemberitahuan Perubahan

Sila ambil perhatian bahawa Dasar Kerahsiaan ini boleh berubah dari semasa ke semasa selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan; dan pengubahsuaian tersebut boleh digunapakai oleh anda.. Versi terbaru Dasar Kerahsiaan ini akan disediakan untuk semua pelanggan. Sila rujuk kepada laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini Dasar Kerahsiaan. 

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda atau Dasar Perlindungan Data Peribadi MAS, sila hubungi kami di privacy@malaysiaairlines.com