For the best experience on this website please ensure you use IE8 or above or the latest version of your preferred browser.
Travel Advisory

IN THE NEWS

Browse through our archive of press releases or get in touch with us via our media relations department

Select your origin
Select your destination
Select your departure date
Select your return date
Return date is earlier than departure date
Multi-city
Maximum travellers allowed is 9
TODO: URL to auto fill https://bookings.malaysiaairlines.com/MHOnline/ReservationSearch.do?lang=en&pos=MAS
WEB CHECK-IN - WHY WAIT IN LINE WHEN YOU CAN DO IT ONLINE!
  • Open from 48 hours and up to 90 minutes before departure.
  • Not applicable for check-in from Brunei, Kunming, Los Angeles, Xiamen, Kathmandu; Kuala Lumpur-Los Angeles, Tokyo-Los Angeles sectors; and codeshare flights operated by partner carriers.
For Flight No. please use 4-digit format. Example: For MH1, enter 0001.

Press Room

Perkhidmatan Penerbangan Bagi Pelatih Plkn Dengan Syarikat Penerbangan Malaysian Airline System (MAS) Disambung Hingga Tahun 2015

Thursday, 28 March 2013: Jabatan Latihan Khidmat Negara pada hari ini memaklumkan bahawa tempoh kontrak bagi Pakej Perkhidmatan Penerbangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan syarikat Malaysian Airline System (MAS) akan disambung selama tiga (3) tahunsehingga tahun 2015. Majlis menandatangani kontrak ini akan ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia YBhg Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad denganKetua Jabatan Hajj & Catar, Malaysian Airline System (MAS) Encik Hisham Haron. Kontrak lanjutanini bernilai sebanyak  RM22,054,882.50 bagi tempoh 15 Disember 2012 sehingga 14 Disember 2015 di mana melibatkan anggaran penggunaan seramai 13,000 pelatih PLKN bagi setiap tahun.

Antara perkhidmatan yang telah disediakan oleh syarikat MAS kepada pelatih PLKN adalah seperti berikut :

  • Menguruskan pergerakan penerbangan pelatih masuk/balik Kem PLKN secara berkumpulan;
  • Menyediakan tempat duduk Kelas ekonomi yang bernombor kepada setiap pelatih yang menaiki pesawat;
  • Perkhidmatan dalam pesawat termasuk hidangan makanan/minuman, suratkhabar dan majalah;
  • Menyelaras perkhidmatan penghantaran jenazah dengan Jabatan MAS Kargo;
  • MAS menyediakan Pasukan Khas ( HCD Call Centre ) untuk urusan Komunikasi terus dengan staf JLKN bagi urusan tempahan tiket dan Pengurusan penerbangan pelatih PLKN;
  • Kaunter Masuk Khas untuk pelatih PLKN;dan
  • Menyediakan ‘Nametag & Lanyard bagi setiap pelatih semasa pergerakan masuk.

Bagi pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013, dianggarkan seramai 3100 orang pelatih akan terlibat dalam pergerakan menggunakan penerbangan dan ini termasuk pelatih dari Semenanjung ,Sabah dan Sarawak  yang akan bermula pada 30 Mac sehingga 1 April 2013.

28 march
28 march (2)
28 march (3)